Kejadian pokok tumbang di kawasan Air Terjun Lata Carok yang mengorbankan dua mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam berlaku dengan pantas sehingga kesemua mangsa tidak sempat menyelamatkan diri berikutan terkejut selain keadaan persekitaran yang gelap.
Seorang mangsa, Mohd Ammar Affandi Ahmad Subki, 20, yang patah kaki kirinya akibat kejadian itu berkata, ketika kejadian dia sedang memasak makanan manakala beberapa lagi mangsa sedang tidur.
"Semasa kejadian tiada angin kuat, mahupun hujan, semua dalam keadaan baik sahaja. Namun, tiba-tiba sahaja terdengar bunyi kuat seperti kayu patah sebelum sebatang pokok balak yang besar menghempap kami," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Bentong di sini semalam.
Beliau yang berkerusi roda akibat kecederaan itu kelihatan sugul dan masih trauma dengan kejadian itu lebih-lebih lagi apabila dua rakannya Noorain Mohtar, 23, dari Sungai Besar, Selangor dan Muhamad Kamil Md Sukri, 22, dari Sabak Bernam maut.
Mohd Ammar yang berasal dari Kulim Kedah berkata, semasa kejadian dua mangsa yang maut sedang tidur di dalam khemah masing-masing dan salah seorang mangsa berada di belakangnya.
"Keadaan semasa itu menjadi kelam kabut. Dalam keadaan gelap saya berusaha menarik kaki yang tersepit di bawah pokok itu dan bangun untuk menyelamatkan rakan lain.
"Pada masa itu saya tidak berasa sakit dan terus menarik rakan-rakan saya yang ditindih kayu, namun usaha mengangkat kayu (batang pokok) tidak dapat dilakukan kerana begitu besar dan berat," katanya.
Usaha pemberita untuk menemubual beberapa lagi peserta dan mangsa yang berada di unit berkenaan bagaimanapun dihalang oleh seorang wanita yang dipercayai pensyarah universiti berkenaan dengan meminta mereka memasuki sebuah bilik menunggu di kawasan itu.
Sementara itu, salah seorang jurulatih yang bertanggungjawab mengendalikan program tersebut berkata, tempat berkenaan memang sering dijadikan kawasan perkemahan dan aktiviti lasak, namun kejadian sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Kejadian berlaku terlalu hampir dengan kawasan chalet penginapan kesemua pelajar UiTM berkenaan, kerana itu kita tidak memaklumkannya kepada pihak berkuasa.
"Sebelum ini juga kita pernah mengendalikan aktiviti yang sama di kawasan itu melibatkan kumpulan lain," katanya yang enggan dikenali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2017
Anggota mencari dan menyelamat mengeluarkan mayat mangsa perkhemahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang maut dihempap pokok kira-kira jam 4.20 pagi Sabtu. - Foto Bernama
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kejadian di Lata Calok terlalu pantas, tanpa hujan atau ribut - Mangsa
Kejadian pokok tumbang di kawasan Air Terjun Lata Carok yang mengorbankan dua mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam berlaku dengan pantas.