awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejar kebenaran bukan viralkan penipuan, pesan Najib

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
02/07/2015
12:52 MYT
Kejar kebenaran bukan viralkan penipuan, pesan Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru warga media supaya sentiasa berpandukan kepada kebenaran.
Kata Najib, tidak salah untuk berbeza pendapat tetapi perlu adil dan sentiasa mencari kebenaran.
"Ikut ajaran Islam, kita perlu mencari kebenaran," kata beliau semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Media Bersama Perdana Menteri di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.
Pada masa yang sama, Najib mengakui kepantasan maklumat era kini nyata memberi cabaran dan tekanan bukan sahaja kepada pemberita tetapi juga kepada ahli politik.
"Orang kejar berita secepat mungkin, nak viral kan berita bukan ketepatan berita," katanya.
Tambah Najib, sesuatu berita yang dilaporkan para wartawan mendorong kepada pembentukan persepsi masyarakat.
Namun sekiranya persepsi tersebut berasaskan kepada ketidakbenaran sesuatu maklumat, amat sukar untuk ubah persepsi tersebut.
"Contohnya, kalau kata berbilion ringgit hilang, mana buktinya?" ujar Najib sambil tersenyum ketika berucap.
Topic Berkaitan
#media sosial
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan