Dua pemenang terdahulu dari Terengganu dalam siri Le Tour de Langkawi (LTdL) telah memberi motivasi kepada Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff untuk meneruskan tradisi pencapaian cemerlang anak tempatan pada edisi ke-25 perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang melabuhkan tirainya pada Jumaat.
Lebih membanggakan, pelumba Team Sapura Cycling (TSC) itu menamatkan penantian gelaran Raja Bukit (jersi Merah) sejak edisi pertama pada 1996.
Pencapaian itu meletakkan Aiman sebaris dengan Anuar Manan yang pernah menyarung jersi Hijau (Raja Pecut) pada 2010 dan Adiq Hussaini Othman - jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia) pada 2016.
Malah, TSC turut muncul selaku pasukan terbaik keseluruhan dengan catatan 80 jam 02 minit 45 saat manakala satu lagi pasukan tempatan, Terengganu Cycling Team (TSG) berada di tempat kedua dengan perbezaan 04:48s.
Ironinya, ketiga-tiga pelumba berkenaan berasal dari Terengganu yang merupakan 'kilang' menghasilkan pelumba berkualiti untuk Malaysia di pentas antarabangsa.
"Syukur, Alhamdulillah, sepanjang lima tahun menyertai LTdL, ini merupakan pencapaian terbaik saya dan kejayaan ini untuk rakyat Malaysia serta tujukan kejayaan ini kepada kedua ibu bapa yang beri sokongan sebelum bermulanya setiap perlumbaan.
"Tidak lupa kepada pengurus pasukan, Ahmad Sayuti Mohd Zahit serta rakan sepasukan yang banyak beri sokongan kepada saya...terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang sentiasa mendoakan kejayaan saya," kata Aiman ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya peringkat kelapan dan terakhir LTdL 2020, di sini.
BACA: TSC lakar sejarah pasukan Malaysia pertama juarai LTdL
Mengulas lanjut, Aiman menyifatkan kejayaan pada Jumaat tidak hadir tanpa sokongan serta kerjasama erat daripada rakan sepasukan, barisan kru pasukan serta pelumba berpengalaman negara, Mohd Harrif Saleh dari TSG Team.
Dalam pada itu, Mohd Harrif jelas teruja dengan kemenangan dilakar Muhamad Nur Aiman dan yakin pelumba muda itu mempunyai masa depan cerah untuk terus melakar nama di pentas antarabangsa.
Sambil menyifatkan Aiman umpama seperti adik sendiri, Mohd Harrif mengakui beliau tidak terkejut dengan kejayaan berkenaan memandangkan mereka berdua pernah melalui pelbagai suka duka sejak beraksi untuk negeri Terengganu dalam beberapa kejohanan kebangsaan, selain pernah menjadi rakan sepasukan dalam TSG.
Nur Aiman menyertai pasukan TSC daripada TSG pada 2018.
"Kami berdua main basikal sejak kecil lagi dan beliau selalu datang ke rumah saya, dan kami berdua sentiasa bertukar-tukar peralatan basikal dan itu yang mengeratkan hubungan kami sehingga kini.
"Saya tumpang bangga dengan kejayaan beliau, dan tidak ada perasaan iri hati di antara satu sama lain sekiranya pasukan Sapura atau TSG memenangi apa-apa kejohanan," jelas Mohd Harrif.
VIDEO: LTdL 2020: TSG takluk peringkat ketujuh
Ditanya mengenai prestasinya pada saingan LTdL 2020, Mohd Harrif mengakui kejayaan meraih dua kemenangan peringkat adalah pencapaian terbaik sejak membuat penampilan sulung pada edisi 2008.
Menurutnya kejayaan bermakna pada LTdL membuktikan pelumba Malaysia mampu bersaing dengan pelumba pasukan Jelajah Dunia dan pasukan profesional benua.
Beliau sebelum ini memenangi peringkat kelima dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh pada Selasa lalu, sebelum meraih kemenangan peringkat ketujuh dari Bagan ke Alor Setar, semalam.
Mohd Harrif sebelum ini meraih kemenangan peringkat sulung pada edisi 2019 setelah mengungguli peringkat kedua dari Dataran Senawang ke Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 14 2020
Nur Aiman pada Majlis Penyampaian Pingat siri jelajah LTdL 2020 di Pekan Kuah, Langkawi, 14 Feb, 2020. --fotoBERNAMA
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.
Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh.
35,000 naskhah novel terjual, bekas arkitek raih jualan cecah RM2.5 juta
Ia bermula apabila beliau dan isteri mahu membawa ibu bapa mereka ke Mekah untuk menunaikan umrah pada Disember 2019.
Piala Dunia 2022: Kembara 5,500km dengan basikal untuk bola sepak
Pablo Garcia dan Fernando Boca tiba di Qatar dengan menaiki basikal dari Itali menempuh perjalanan 5,500 kilometer.
Guru hadiahkan basikal kepada murid cemerlang
Mohammed Abdulwahab akan menawarkan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam gred pertama dan ketiga.