awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan tanpa sentuhan fizikal, aktiviti sukan bersentuhan dibenarkan mulai 15 Julai

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/07/2020
07:18 MYT
Kejohanan tanpa sentuhan fizikal, aktiviti sukan bersentuhan dibenarkan mulai 15 Julai
Selain itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri turut bersetuju membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal.
Kerajaan membenarkan semula penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton melibatkan sukan tiada sentuhan fizikal seperti sukan permotoran dan sukan individu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri turut bersetuju membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal.
Ia temasuk sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, bola kerajang, takraw serta sukan tempur dan boleh beroperasi bermula 15 Julai ini.
Sukan permotoran turut dibenarkan pada tarikh yang sama seperti lumba motosikal dan kereta di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan litar-litar tempatan yang lain.
Selain itu, kejohanan badminton perseorangan, tenis perseorangan; gimnastik perseorangan; terjun papan anjal serta kejohanan catur turut dibenarkan, kata beliau dalam sidang media, pada Jumaat.
Serentak dengan itu, jelas beliau pengusaha padang komersil, operator gelanggang futsal, fasiliti sukan serta akademi dibenarkan beroperasi semula bermula pada tarikh tersebut.
Ismail Sabri turut menegaskan agar individu-individu yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti sukan berkenaan untuk mengutamakan kawalan kendiri dan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#badminton
#kereta
#menteri
#Sepang
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan