awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih

Kekayaan hasil laut jadi sumber perniagaan makanan di Sandakan

Bernama
Bernama
15/05/2019
08:00 MYT
Kekayaan hasil laut jadi sumber perniagaan makanan di Sandakan
Perniagaan makanan laut merupakan antara tarikan di daerah ini yang juga terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. -
Kekayaan hasil laut di perairan daerah ini menjadi sumber utama kepada perniagaan makanan laut dan menjadi sumber pendapatan kepada peniaga yang terlibat dalam bidang itu.
Perniagaan makanan laut merupakan antara tarikan di daerah ini yang juga terkenal dengan keindahan alam semula jadinya.
Antaranya adalah seorang pengusaha restoran ikan bakar, Masati Ambo Akki, 58, yang mengusahakan premis perniagaan 'Ikan Bakar Mama Resepi' di Pasar Sim Sim di sini.
Dia yang mesra dengan panggilan 'Hajah' mengusahakan perniagaan itu sejak 1993 dan amat popular khususnya sambal buatan sendiri yang digunakan untuk dicampur dengan ikan bakar.
Dengan harga yang berpatutan mengikut saiz dan jenis ikan manakala nasi dan sayur tidak dikenakan bayaran, membolehkan perniagaan ikan bakar Mama Resepi turut dikenali di daerah ini.
Disebabkan sambutan menggalakkan, Masati bersama tiga anak perempuannya mengembangkan perniagaan ikan bakar dengan membuka sebuah premis di Bandar IJM Batu 6.
Anak keduanya, Hasrina Andy, 38, membantu menguruskan operasi termasuk mendapatkan bekalan ikan daripada pembekal di Pasar Umum Sandakan.
Menurutnya setiap hari sebanyak 200 kilogram ikan digunakan untuk perniagaan itu bagi memenuhi permintaan pelanggan yang datangnya bukan sahaja dari daerah ini malah dari daerah lain dan Semenanjung Malaysia.
"Biasanya kami pesan ikan putih, ikan belais dan ikan batu tetapi ikan yang paling laris ialah ikan belais dan mampu dijual dalam kuantiti 50 kilogram sehari," katanya kepada Bernama di sini.
Pelanggan hanya membayar harga ikan yang dipilih manakala set nasi dan sayuran dianggap termasuk dalam pakej tanpa caj lain dengan harga ikan bakar bermula dari RM8 yang berasaskan saiz dan jenis ikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hasil laut
#lautan
#makanan laut
#nelayan
#pendapatan
#pengusaha hasil laut
#perniagaan
#restoran ikan bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.