awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekurangan oksigen punca ikan mati di Sungai Gombak

Bernama
Bernama
21/08/2019
15:20 MYT
Kekurangan oksigen punca ikan mati di Sungai Gombak
Siasatan dilakukan tidak menemui sisa-sisa kimia boleh dikaitkan dengan keracunan seperti didakwa orang ramai. - Bernama
Kejadian beratus-ratus bangkai ikan ditemui terapung di permukaan Sungai Gombak awal bulan ini, dipercayai berpunca daripada kekurangan oksigen, dan bukannya akibat pencemaran.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuala Lumpur, Nor Aziah Jaafar berkata hasil siasatan awal, pihaknya percaya punca kematian ikan itu kebanyakannya jenis tilapia, disebabkan hujan lebat sehingga menyebabkan sedimen dasar sungai naik akibat arus deras, dan menutupi insang ikan itu.
Beliau berkata meskipun kualiti air Sungai Gombak berada di kelas III pencemaran iaitu tidak sesuai untuk aktiviti air, siasatan dilakukan tidak menemui sisa-sisa kimia boleh dikaitkan dengan keracunan seperti didakwa orang ramai yang curiga melihat insiden itu.
"Berdasarkan pemeriksaan awal, kita mendapati kebanyakan insang bangkai ikan itu diselaputi keladak dasar sungai yang menjadi punca ikan-ikan itu mati akibat kekurangan oksigen. Kita turut merujuk Jabatan Perikanan untuk kesahihannya.
"Namun, kita masih giat menjalankan siasatan bagi mengetahui punca lain kerana terdapat banyak air daripada longkang awam yang disalirkan ke dalam sungai tetapi tidak ada bangunan industri yang berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Nor Aziah berkata sampel yang diambil pihaknya telah diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis dan keputusannya dijangka dapat diketahui dalam tempoh sebulan.
Kejadian ratusan bangkai ikan ditemui terapung di Sungai Gombak, berhampiran Jalan Pekeliling Lama pada 9 Ogos lalu, tular di media sosial dan menggemparkan orang ramai yang melihat perkara itu.
Dalam pada itu, Nor Aziah berkata sebuah pasukan petugas khas telah ditubuhkan pihaknya bagi menyiasat lebih terperinci berhubung kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ikan mati
#Jabatan Alam Sekitar
#pencemaran
#sungai gombak
#tilapia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan