awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
[KOLUMNIS] Mesyuarat tergempar UNSC mengenai AS-Venezuela: Kemungkinan yang boleh diduga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo

Bernama
Bernama
17/06/2019
05:41 MYT
Kelantan mohon stesen ECRL Tok Bali dijadikan stesen penumpang, kargo
HANIFA: Jika Stesen ECRL Tok Bali turut digunakan untuk mengangkut kargo ia akan merancakkan pembangunan ekonomi di Kelantan. - Facebook / hjhanifa.ahmad
Kerajaan Kelantan memohon agar stesen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Tok Bali dijadikan sebagai stesen penumpang dan kargo bagi mengoptimumkan pembangunan ekonomi di kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata ia berikutan keputusan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang memutuskan untuk membangunkan tanah seluas kira-kira 80 hektar di Cherang Ruku sebagai kawasan industri.
"Kawasan industri berkenaan terletak kira-kira 15 kilometer dari Stesen ECRL Tok Bali dan jika ia hanya dijadikan stesen bagi penumpang sahaja, ia akan mengurangkan manfaat kepada kawasan tersebut.
"Jika Stesen ECRL Tok Bali turut digunakan untuk mengangkut kargo ia akan merancakkan pembangunan ekonomi di Kelantan sekali gus dapat memberi saingan kepada Kemaman di Terengganu dan Songkhla di Thailand," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Zuraidin Abdullah (Pas-Chetok) yang bertanyakan kesan ECRL kepada Kelantan dan rakyatnya serta industri hiliran.
Kerajaan Persekutuan sebelum ini memutuskan untuk menukar fungsi Stesen ECRL Tok Bali kepada mengangkut penumpang sahaja walaupun pelan asal digunakan untuk mengangkut penumpang dan kargo.
Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) yang mahu tahu mengenai alasan kerajaan Persekutuan yang memendekkan laluan ECRL setakat Stesen Kota Bharu sahaja, Hanifa berkata ia berikutan faktor pengoptimuman kos.
"Kerajaan Persekutuan juga memberi alasan bahawa mereka akan membangunkan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) sehingga ke Pengkalan Kubor di Tumpat, jadi dua stesen ECRL sebagaimana dalam pelan asal membabitkan Wakaf Bharu, Palekbang dan Pengkalan Kubor, terpaksa dibatalkan.
"Bagaimanapun kita akan terus membuat rayuan agar Stesen ECRL Tok Bali akan dijadikan stesen bagi mengangkut penumpang dan kargo kerana ia memberi manfaat besar kepada limpahan ekonomi di Kelantan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ECRL
#hanifa ahmad
#Kelantan
#stesen kargo
#stesen penumpang
#stesen tok bali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan