awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluar tanpa alasan munasabah, tujuh dikompaun RM1,000

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2020
05:33 MYT
Keluar tanpa alasan munasabah, tujuh dikompaun RM1,000
Dev Kumar berkata tindakan kompaun bagi individu yang ingkar PKP adalah arahan terbaru Bukit Aman bermula semalam - BERNAMA.
Tujuh individu yang ditahan kerana keluar tanpa alasan munasabah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikompaun RM1,000 setiap seorang.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar, semua mereka ditahan dalam operasi di negeri ini antara jam 8 pagi Rabu sehingga 8 pagi Khamis.
"Mereka ditahan kerana ingkar PKP sebelum dibawa ke balai polis dan seterusnya diberikan notis untuk membayar kompaun sebanyak RM1,000 dalam tempoh 14 hari," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Dev, tindakan mengenakan kompaun terhadap individu yang ingkar PKP adalah arahan terbaru Bukit Aman yang bermula semalam untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Tambahnya lagi, mereka yang ditahan namun enggan membayar kompaun boleh memilih untuk didakwa di mahkamah.
Sementara itu, beliau berkata jumlah keseluruhan individu yang telah didakwa kerana ingkar PKP dari 18 Mac hingga Rabu adalah seramai 402 orang.
"Hari ini (Khamis), seramai 19 orang didakwa. Seramai 12 daripada mereka mengaku bersalah dengan empat dijatuhkan hukuman penjara, lima didenda dan tiga lagi menunggu laporan akhlak.
"Selain itu, kita juga telah mengeluarkan waran tangkap terhadap tiga orang yang gagal hadir ke mahkamah," katanya.
Sejak PKP dilaksanakan, seramai 512 orang ditangkap di seluruh Sarawak.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#COVID-19
#Dev Kumar
#kompaun
#koronavirus
#operasi
#PKP
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan