awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga nafi masalah rumah tangga punca kanak-kanak diculik perompak

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
17/02/2020
07:28 MYT
Keluarga nafi masalah rumah tangga punca kanak-kanak diculik perompak
Kanak-kanak lelaki terbabit ditemui selamat di belakang Pasar Raya di Kok Lanas di sini dan ditinggalkan kepada seorang peniaga jam 10 pagi. - Foto Polis
Ahli keluarga menafikan punca seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilarikan perompak bersama sebuah kereta di Cabang Tiga Kemubu, di sini, hari ini berpunca daripada masalah rumah tangga.
Bapa saudara mangsa, Zulkifli Shapie berkata, hubungan kakak ipar dan abangnya dalam keadaan baik.
Katanya, apa yang viral di media sosial serta Whatsapp adalah mengarut dan netizen tidak sepatutnya menyebarkan berita yang tidak benar.
"Saya nafikan, mereka tidak ada masalah rumah tangga seperti yang ditularkan dan kejadian yang berlaku pagi tadi adalah rompakan yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali.
"Abang saya bekerja di Bintulu Sarawak dan hanya pulang enam bulan sekali kerana dia bekerja atas kapal.
"Malah setahu saya, mereka berdua tidak pernah ada masalah apatah lagi bergaduh," katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Kok Lanas, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi tadi, mangsa ketika itu berada di dalam kereta Proton Exora seorang diri kerana ibunya keluar untuk membeli kuih.
Bagaimanapun kanak-kanak lelaki terbabit ditemui selamat di belakang Pasar Raya di Kok Lanas di sini dan ditinggalkan kepada seorang peniaga jam 10 pagi.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah, mengesahkan perkara itu.
Katanya, suspek meninggalkan kanak-kanak itu kepada seorang peniaga gerai dengan alasan ibu mangsa akan mengambilnya nanti.
Topic Berkaitan
#budak diculik
#culik
#Kelantan
#Kota Bharu
#media sosial
#suspek
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan