Keluarga remaja warga Ireland Nora Anne Quoirin, yang hilang kemudian ditemukan mati ketika percutian keluarga, menyambut baik berita bahawa satu inkues akan diadakan di Malaysia untuk menentukan punca kematian remaja itu.
Menurut Lucie Blackman Trust (LBT), sebuah badan amal yang memberi sokongan kepada warga British yang mengalami krisis di luar negara, dalam kenyataan dihantar melalui e-mel kepada Bernama, keluarga Nora Anne juga akan memberi kerjasama penuh kepada Mahkamah Koroner dan hadir sebagai saksi menerusi sidang video berikutan pandemik COVID-19.
"Berita hari ini (semalam) bahawa Mahkamah Koroner di Seremban telah menetapkan tarikh untuk inkues bermula 24 Ogos 2020 sangat dialu-alukan.
"Kami gembira bahawa misi kami untuk keadilan terhadap Nora menunjukkan perkembangan.
"Kami telah berusaha keras untuk memastikan kes Nora terus dibuka selepas ia ditutup pada awalnya oleh polis pada awal 2020.
"Sudah menjadi hasrat kami selama ini untuk mengadakan satu inkues. Ini penting dalam menentukan gambaran sepenuhnya mengenai apa yang berlaku kepada Nora dan bagaimana kesnya dikendalikan.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Koroner dan pihak berkuasa Malaysia atas sokongan mereka dalam proses yang sangat sukar ini," menurut LBT yang telah menyokong keluarga itu sejak kehilangan Nora Anne.
Semalam, Mahkamah Koroner menetapkan 24 Ogos ini untuk memulakan proses inkues.
Koroner Maimoonah Aid yang menetapkan tarikh itu berkata prosiding itu akan berlangsung selama dua minggu hingga 4 Sept.
Nora Anne hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan ibu bapanya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di sebuah resort di Pantai di sini.
Mayatnya ditemukan pada 13 Ogos berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapan mereka, selepas pencarian besar-besaran dilakukan.
Laporan bedah siasat menyatakan bahawa tiada elemen jenayah dalam kematian Nora Anne dan remaja itu meninggal dunia akibat pendarahan gastrousus, mungkin disebabkan oleh tekanan dan kelaparan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 11 2020
Peguam Datuk Sankara Nair (kiri), yang mewakili keluarga remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin, meneliti dokumen ketika hadir di Mahkamah Tinggi, Seremban 2. - BERNAMA
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Mari meriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara
Acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.
Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari daun palas Isnin lepas, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai, Beseri, Padang Besa, semalam.
Kanak-kanak perempuan ditemukan selamat
Mangsa berusia lapan tahun itu didakwa dilarikan sebuah kereta berwarna hitam kira-kira jam 6.30 petang.
Warga emas hilang selepas keluar rumah belum dijumpai
Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang sejak keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi semalam, masih belum dijumpai.
Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala
Yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsunya, Riska Amelia, empat tahun.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.
1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia
Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad.
Ibu rayu bantu cari anak hilang
Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar didapati tidak pulang selepas keluar rumah pada hari kejadian.
26 maut, enam hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Indonesia
Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Barat (BPBD) pada Isnin melaporkan 26 maut dengan enam masih hilang dan dua cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di pulau itu.
Singapura: Seorang hilang dalam kejadian dua bot persiaran berlanggar
Dalam kejadian itu, empat daripada lima penumpang yang terjatuh ke laut ditemukan selamat.
Angka kematian akibat tanah runtuh di Filipina meningkat kepada 15, 110 hilang
Kerajaan perbandaran Maco dalam satu kenyataan mendedahkan seramai 31 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini.