Tutup

Keluhan Gen-Z: Hutang pengajian tinggi, peluang pekerjaan tak banyak

Keluhan Gen-Z: Hutang pengajian tinggi, peluang pekerjaan tak banyak
IPSOS: Generasi Z berumur 15 hingga 24 tahun dan yang masih bujang amat bimbang tentang kadar pengangguran di Malaysia.
KUALA LUMPUR : Kaum wanita, pelajar-pelajar dan golongan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1,000 mempunyai tahap kerisauan tertinggi dari segi pengangguran seperti yang dilaporkan syarikat penyelidikan pasaran, IPSOS.

Kaji selidik yang dibuat tahun ini seiring dengan kaji selidik global itu memperoleh dapatan tentang tiga kumpulan yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi dalam kalangan orang Melayu dari golongan Generasi Z berusia di antara 15 dan 24 tahun dan masih bujang.
Astro AWANI membuat tinjauan di laman media sosial bagi mendapatkan pandangan netizen dan menerima pelbagai reaksi dari warga Gen-Z.
Ada yang mengusik warga emas yang sudah lama berkhidmat untuk membuka ruang lingkup untuk para mahasiswa merebut peluang pekerjaan mereka.




Peranan ibu bapa
Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Danial menekankan peranan ibu bapa dalam menentukan profesion anak-anak mereka. Perlu berfikiran lebih terbuka terhadap pekerjaan agar masalah pengangguran tidak ketara.


BACA: Generasi Z pilih kerjaya berbeza

Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di media sosial hari ini menyenaraikan Generasi Z berusia 15 tahun  hingga 24 tahun dan masih bujang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi tentang pengangguran selepas menamatkan pengajian.

 
 


Sejumlah, 3,638 pengundi mengambil bahagian dalam undian ini. Keputusan menunjukkan 53 peratus memilih kebimbangan yang tinggi terhadap inflasi dan kos hidup.

Isu pengangguran menduduki tangga kedua dengan 26 peratus diikuti oleh 14 peratus yang memilih kemasukan pekerja asing.

 
 
 

Tinjauan tahun 2017 ini dijalankan seiring dengan kaji selidik global di 26 negara, menanyakan rakyat tentang isu-isu utama yang mereka percaya sedan dialami oleh negara mereka.

Lebih daripada 2,000 warga Malaysia yang ditemu ramah menyatakan bahawa tiga kerisauan utama ialah Kawalan Imigrasi, Tadbir Urus (Pengendalian oleh Kerajaan & Korporat) dan Pengangguran.