awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga RON97 turun 3 sen, RON95 tanpa subsidi kurang 2 sen
Gajah liar berjaya dipindahkan dengan bantuan Sanum dan Rambai
2025 tahun ketiga terpanas dalam rekod - Agensi iklim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemakmuran Bersama jadi teras #MyAPEC2020

Harits Asyraf Hasnan, Luqman Hariz
Harits Asyraf Hasnan, Luqman Hariz
04/12/2019
01:28 MYT
Kemakmuran Bersama jadi teras #MyAPEC2020
Dr Mahathir menyampaikan ucaptama pada perasmian APEC 2020 di Cyberview Lodge Resort and Spa di Cyberjaya hari ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Kemakmuran Bersama menjadi teras kepada Malaysia sebagai tuan rumah kepada Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik Ke-30 (APEC 2020).
Menerusi tema ‘Mengoptimum Potensi Manusia menuju Masa Hadapan Kemakmuran Bersama’, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kini tiba masa bagi 21 anggota kerjasama ekonomi itu mempertimbang untuk mengangkat falsafah itu dan melaksanakannya dalam model ekonomi ketika ini.
“Memperbaiki taraf hidup rakyat secara keseluruhan dan memastikan kehidupan rakyat yang lebih baik akan menjadikan APEC lebih mapan dan relevan sebagai sebuah kesatuan untuk tempoh yang panjang.
“Dalam kata lain, naratif perdagangan dan pelaburan adalah bukan hanya mencipta kekayaan, pekerjaan dan pembangunan, malah termasuk memastikan kesejahteraan sosial,” katanya pada ucaptama perasmian APEC 2020 di Cyberview Lodge Resort and Spa di sini hari ini.
Jelas Dr Mahathir lagi, Malaysia selaku tuan rumah kepada APEC 2020 memberi jaminan akan meneruskan usaha pembangunan ekonomi wanita, keterangkuman kewangan, penglibatan belia, pembangunan mapan serta mewujudkan suasana kondusif kepada usahawan, syarikat permulaan dan keusahawanan sosial.
Tegasnya, segala elemen itu merupakan unsur terpenting dalam komponen yang menjadi penyumbang kepada kemakmuran bersama yang akan menjadi fokus pada pasca Matlamat Bogor.
#MyAPEC2020 bakal membuka tirai secara rasmi hari ini. Tun Dr Mahathir @chedetofficial akan merasmikannya sekitar jam 9 pagi nanti. Ikuti saluran @501Awani untuk perkembangan terkini laporan dari saya dan @luqmanhriz dari semasa ke semasa. pic.twitter.com/NfH3kMZNSN
— Harits Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) December 4, 2019
“Pasca Visi APEC 2020 yang akan dilancarkan tahun hadapan akan memastikan hala tuju APEC kekal relevan menerusi pendekatan yang inklusif.
“Ia akan diwujudkan berteraskan Matlamat Bogor dengan meletakkan nilai tambah hasil pencapaian sejak 30 tahun lalu serta mengekalkan statusnya sebagai sebuah forum ekonomi terulung pada tahun mendatang.
"In order to restore faith, we need to give meaning to our economic development efforts. We must work together towards equitable share of benefits, from large corporations to small-and-medium enterprises right down to our citizens." - PM #MyAPEC2020 @501Awani pic.twitter.com/q0jC80151g
— Luqman Hariz AWANI (@luqmanhriz) December 4, 2019
“Apa yang lebih penting, Malaysia ingin melihat konsep Kemakmuran Bersama menjana visi dan falsafah dalam setiap pelaksanaan APEC menuju pasca Matlamat Bogor,” katanya.
Majlis yang turut disaksikan oleh perwakilan asing anggota APEC dan menteri-menteri Kabinet turut menyaksikan pelancaran logo #MyAPEC2020 - iaitu bunga kebangsaan yang mengandungi 21 kelopak menggambarkan anggota ekonomi APEC.
Topic Berkaitan
#APEC 2020
#Belia
#ekonomi
#kemakmuran bersama
#Mahathir Mohamad
#MyAPEC2020
#pelaburan
#perwakilan asing
#rakyat
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan