awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan Duke: Netizen luah rasa berang

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
02/05/2015
11:35 MYT
Kemalangan Duke: Netizen luah rasa berang
Laman Twitter dibanjiri reaksi dari orang ramai yang berkongsi kesedihan selain mereka yang berang terhadap tragedi itu.
Nahas di Lebuhraya Duke pada awal pagi tadi mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi mereka yang berusia 7 bulan.
Walau bagaimanapun, dua pemandu kereta Myvi yang dilaporkan menjadi punca kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan selain seorang lagi rakan mereka yang tidak mengalami kecederaan.
Laman Facebook dipenuhi spekulasi bahawa kejadian tersebut berpunca daripada enam kereta Myvi yang sedang sedang berlumba sekitar jam 1 pagi itu.
Laman Twitter pula dibanjiri reaksi dari orang ramai yang berkongsi kesedihan selain mereka yang berang terhadap tragedi itu.
Beberapa pengguna Twitter meratapi nasib ketiga beranak yang terbunuh dengan menyatakan bahawa mereka yang tidak bersalah yang menjadi mangsa.
@501Awani Dah mkn nyawa org tk bersalah.Kalau tk kene hukuman yg selajut nya aku pun tatau la.
— Nazmi Faris Fadzil (@NazmiiFaris) May 2, 2015
@501Awani org tak bersalah jdi mangsa
— Mirul (@MirulBhai) May 2, 2015
@501Awani @_FunnyMalaysian kesian dkt 3 beranak and baby sebab jadi mangsa
— EDD (@Adib_EDD) May 2, 2015
Segelintir pengguna pula menegaskan bahawa individu yang bertanggungjawab itu perlu mendapat hukuman setimpal.
@501Awani the person responsible for this stupid act must be punished! More enforcement should be done to stop innocent lives sacrificed!
— Syazwan Now (@SyazwanNow) May 2, 2015
@501Awani alah..kalau bersalah..bknnye kene hukum gantung sampai mati pon..apa ada hal..
— phucai (@phucai) May 2, 2015
Para pemandu yang dikatakan tidak bertanggung jawab itu juga mendapat kecaman hebat. Segelintir netizen menyamakan pelumba haram terbabit sebagai pembunuh.
@501Awani pelumba2 haram neh elok di kenakan hukuman yg tegas.Dah kira membunuh depa neh!!! @KBAB51
— borhan ahmad (@Borhan_Ahmad) May 2, 2015
@501Awani tuduh mereka ini di mahkamah kerena membunuh
— Khairul Nizam (@nizam_jerlun) May 2, 2015
Ada juga yang bersimpati terhadap nasib 2 anak perempuan pasangan berkenaan yang kini menjadi yatim piatu.
Accident Duke
Accident Duke
Gambar keluarga mangsa kemalangan maut, tiga terbunuh termasuk bayi berusia 7 bulan. - Foto Facebook
@501Awani pasangan tersebut meninggalkan 2 anak perempuan. Kesian jd anak yatim piatu mereka
— minimal cleric (@nadrah_harith) May 2, 2015
@501Awani pass by the xcdent last night, al fatihah to the fMily members /p>— amira aziera mj (@miaajiera) May 2, 2015
Susulan berita dan gambar-gambar kemalangan tersebar meluas di laman sosial, ramai pengguna Facebook melahirkan rasa marah dan ketidak puas hatian mereka terhadap laman Facebook Familia Myvi Club yang didakwa anggotanya terbabit dalam kemalangan itu.
fb duke 1
fb duke 1
fb duke 2
fb duke 2
fb duke 3
fb duke 3
fb duke 4
fb duke 4
fb duke 5
fb duke 5
BACA: Enam pemandu berlumba atas DUKE, 3 maut termasuk bayi berusia 7 bulan
Dalam kejadian itu sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke.
Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.
Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#DUKE
#kemalangan
#Myvi
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan