awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Organisasi bantuan beri amaran lebih banyak 'kematian beramai-ramai' di Sudan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan Lembah Beringin: Pemandu treler ditahan polis

Israr Khalid
Israr Khalid
02/04/2017
14:38 MYT
Kemalangan Lembah Beringin: Pemandu treler ditahan polis
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memaklumkan kemalangan tersebut dipercayai berpunca akibat tayar treler yang pancit, dan seterusnya hilang kawalan. - Foto JBPM
Pemandu treler yang terlibat nahas maut di KM 402.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Utara dekat Lembah Beringin ditahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun siasatan awal mendapati pemandu yang berasal dai Gurun, Kedah itu mempunyai lapan rekod lampau kesalahan lalu lintas.
Suspek pernah dua kali terlibat dalam kemalangan bawah Kaedah Rule 10 LN 166/59 di daerah Kampar dan Kuala Pilah serta disaman enam kali atas kesalahan lalu lintas iaitu tiada lesen, membawa kenderaan tanpa insurans dan cukai jalan.
Selain itu, pemuda tersebut juga mempunyai rekod jenayah iaitu pernah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.
Hasil ujian air kencingnya adalah negatif, namun dia kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian darah bagi mengesan dadah serta alkohol.
Keputusannya akan diketahui selepas dihantar Jabatan Kimia Malaysia.
Dalam kejadian 7.41 pagi tadi, enam sekeluarga maut dihempap treler dalam satu kemalangan di KM 402.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Lembah Beringin.
Lam Wai Loon, 46, dan isterinya Wong Check Lee, 53, serta dua anak lelaki mereka Lam Jie Yang, 19, dan Lam Jie Yong, 13, terbunuh di tempat kejadian.
Turut maut ialah bapa dan adik lelaki Lam, Lam Leong Choy, 76, dan Lam Wai Keat, 38.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memaklumkan kemalangan tersebut dipercayai berpunca akibat tayar treler yang pancit, dan seterusnya hilang kawalan.
Topic Berkaitan
#bomba
#Enam sekeluarga maut
#JBPM
#kemalangan
#mangsa
#maut
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan