awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilaian asas tahun empat sokong reformasi pendidikan berasaskan data
[TERKINI] Isteri bekas PTD Salwani didakwa terima RM5,000 hasil aktiviti haram
Ringgit dibuka hampir pada paras tertinggi lebih tujuh tahun didorong OPR dikekalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan tiga lori: Lebuh raya PLUS sesak lebih tujuh kilometer

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/01/2020
05:07 MYT
Kemalangan tiga lori: Lebuh raya PLUS sesak lebih tujuh kilometer
Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.40 pagi di Kilometer 257 membabitkan treler membawa kereta, lori tangki dan lori kontena. - Foto JBPM
Laluan arah utara di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora sesak teruk lebih 7 kilometer ekoran kemalangan melibatkan tiga lori pagi ini. 
 
Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.40 pagi di Kilometer 257 membabitkan treler membawa kereta, lori tangki dan lori kontena. 
 
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ismail berkata, kemalangan telah menyebabkan lorong kiri lebuh raya terbabit terhalang. 
 
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam Twitter rasminya memaklumkan, setakat jam 10.18 pagi lorong kiri masih terhalang berikutan kerja-kerja pengalihan dijalankan.
 Salah seorang kanak-kanak yang menaiki treler membawa kereta turut mengalami kecederaan. - Foto JBPM
Salah seorang kanak-kanak yang menaiki treler membawa kereta turut mengalami kecederaan. - Foto JBPM

 
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, salah seorang kanak-kanak yang menaiki treler membawa kereta turut mengalami kecederaan. 
 
Pemandu dan tiga lagi penumpang treler serta pemandu lori tangki dan kontena, tidak mengalami kecederaan. 
 “Anggota membuat rawatan awal kepada mangsa yang cedera, kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Topic Berkaitan
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kanak-kanak
#kemalangan
#Kuala Kangsar
#Lebuhraya PLUS
#LLM
#Malaysia
#PLUS
#polis
#sesak teruk
#Terowong Menora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan