awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Jong-hyun: Umat Islam haram ikut aksi berkabung dengan lilin - Mufti Perak

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
23/12/2017
00:56 MYT
Kematian Jong-hyun: Umat Islam haram ikut aksi berkabung dengan lilin - Mufti Perak
HARUSSANI: Ia budaya kafir dan tidak harus menjadi ikutan terutama kepada golongan muda beragama Islam. - Gambar fail
Menghadiri acara penghormatan terakhir kepada artis atau selebriti dengan aktiviti membawa belon dan lilin jelas merupakan perbuatan haram kepada orang Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, ia juga budaya kafir dan tidak harus menjadi ikutan terutama kepada golongan muda beragama Islam.
"Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?
"Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
GALERI FOTO: Demi Jong-hyun, ini penghormatan terakhir daripada peminat Malaysia
BACA: Vokalis utama SHINee, Jonghyun, meninggal dunia pada usia 27 tahun
Harussani mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli kumpulan SHINee, Jong-hyun yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.
Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa itu dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat meragut nyawa sendiri.
Rata-rata yang berkumpul dilihat membawa bersama lilin dan juga belon sebagai tanda simbolik pemergian penyanyi kumpulan SHInee itu.
Dalam pada itu tegas Harussani, ada pelbagai lagi aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan berbanding meratapi pemergian artis yang mati kerana bunuh diri.
Pada Ogos lepas, Harussani dinobatkan Tokoh Ulama Sepanjang Zaman dalam Majlis Perdana Ulama-Umara dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, beberapa pengguna Twitter turut memberi pandangan masing-masing berhubung isu berkenaan.
Disaat dunia umat islam menerima cabaran besar saat ini. Masih ada anak muda kita di Malaysia yang sibuk meratapi pemergian Jonghyun. Dimanakah jiwa besarmu wahai anak muda. Dimanakah kebanggaan dan kecintaanmu pada saat ini. Bangkit dan sedarlah dari mimpi indah yang menipu. pic.twitter.com/6EQVLDh4FC
— Najmi Nawawi (@najminawawi) December 22, 2017
Aku setuju kita ambik pengajaran sebab penyakit depression yg kita perlu ambik berat sebagai punca jonghyun bunuh diri. Tapi kalau sampai buat gthering, meratapi, berkabung dgn pemergian jonghyun , it a big no la. Aku minat kpop even malu dgn perangai kpoppers Malaysia ni
— fahmi (@muhd_fhmi) December 22, 2017
betul do ckp member aku , kalau dajjal dtg kat malaysia ni , mudah je nak pengaruh diorang especially pompuan . "kau nak tak aku bangunkan kembali si Jong Hyun" NGAP macamtu je budak-ii taksub kpop ni nauzubillahiminzalik allahuakbar
— brgpns (@dnlimn_) December 22, 2017
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kenyataan penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang memberitahu ramai pengguna Twitter menyatakan kesedihan mereka kerana kematian Jonghyun dan pada masa sama pihak yang satu lagi mempertikaikan kesedihan itu kerana bukan ditujukan kepada kanak-kanak Palestin.
Bagi Caprice, tidak ada salahnya seseorang manusia melalui fasa kesedihan dan turut berdukacita kerana kehilangan orang yang mereka sayangi, walaupun si mati itu bukan Muslim.
Malah katanya, adalah bukan sikap Islam untuk membanding-bandingkan kematian kerana ia tetap menyebabkan kesedihan.
Jonghyun ditemukan tidak sedarkan diri oleh kakaknya beliau di kediamannya di Chungdam, Seoul kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) 18 Disember lepas.
Artis itu dikejarkan ke hospital, tetapi akhirnya meninggal dunia.
Pihak polis mengesyaki insiden tersebut merupakan kes bunuh diri disebabkan laporan yang dibuat oleh kakak Jonghyun sendiri.
Topic Berkaitan
#Caprice
#Jong-hyun
#Korea
#Seoul
#Tan Sri Dr Harussani Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan