Malaysia akan menunggu laporan teliti daripada Mesir mengenai punca kematian bekas presiden negara itu Mohamed Morsi, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata menegaskan bahawa Malaysia menerima kenyataan Pendakwa Raya Mesir, bagaimanapun bimbang dengan pelbagai laporan mengenai layanan yang diterima Morsi sebelum kematiannya.
"Kami seikhlasnya berharap bekas Presiden Morsi diberikan upacara pengebumian yang sewajarnya.
"Morsi adalah presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi selepas revolusi 'Arab Spring' pada 2011, yang penggal pemerintahannya berakhir secara tiba-tiba selepas 12 bulan," kata Dr Wan Azizah menerusi Tweet hari ini.
Dr Wan Azizah turut mengambil maklum bahawa semasa pemerintahannya sebagai Presiden, Morsi telah menunjukkan keberanian dan ketabahan moral dalam cubaannya hendak membawa Mesir keluar daripada pemerintahan kuku besi yang telah berlangsung selama beberapa dekad dan mewujudkan demokrasi sebenar di sana.
Beliau juga berkata kematian Morsi merupakan satu kehilangan besar.
Morsi, 67, meninggal dunia pada Isnin ketika menghadapi perbicaraan atas tuduhan 'mengintip' dan beliau telah meminta untuk bercakap sebelum rebah pengsan dan meninggal dunia kemudian.
Media asing melaporkan, Ikhwanul Muslimin mendakwa kematian beliau adalah 'satu pembunuhan'.
Pendakwa Raya Mesir Nabil Sadek dalam kenyataannya berkata Morsi telah meninggal dunia setibanya di hospital dan tiada kesan kecederaan pada tubuhnya.
Morsi menghadapi beberapa pertuduhan sejak beliau disingkirkan dan dipenjarakan ekoran rampasan kuasa tentera pada 2013 yang dipimpin presiden sekarang Abdel-Fattah al-Sisi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2019
Media asing melaporkan, Ikhwanul Muslimin mendakwa kematian beliau adalah 'satu pembunuhan'. - Reuters
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Kematian Morsi: Malaysia tunggu laporan teliti daripada Mesir - TPM
Malaysia terima kenyataan Pendakwa Raya Mesir, bagaimanapun bimbang dengan pelbagai laporan mengenai layanan yang diterima Morsi sebelum kematiannya.