awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Muhammad Adib: UMNO desak tubuh RCI, pecat Waytha

Firdaus Azil
Firdaus Azil
21/12/2018
11:38 MYT
Kematian Muhammad Adib: UMNO desak tubuh RCI, pecat Waytha
UMNO mahu agar Kerajaan menubuhkan dengan kadar segera satu Suruhanjaya Diraja (RCI) dengan kadar segera bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib. - Gambar fail
Susulan kematian Ahli Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, UMNO menuntut agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melucutkan jawatan Senator P Waytha Moorthy selaku Menteri yang memegang porfolio Perpaduan dengan kadar segera.
Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selain itu, parti itu juga mahu agar Kerajaan menubuhkan dengan segera satu Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian Muhammad Adib, disamping bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.
"Mesyuarat hari ini merakamkan perasaan dukacita dan ucapan takziah kepada Adib, yang telah meninggal dunia baru-baru ini.
"Kita mendesak agar RCI ditubuhkan dan kita mahu tindakan tegas diambil terhadap petualang yang terlibat, dan Waytha perlu dilucutkan jawatan dengan segera," katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO di Menara Onn, hari ini.
Muhammad Adib perwira yang menjadi kebanggaan negara menghembuskan nafas terakhir pada 9.41 malam tadi selepas bertarung nyawa hampir tiga minggu di Institut Jantung Negara (IJN).
BACA: Muhammad Adib bawa cinta tunang ke liang lahad
BACA: Akhirnya, Adib pulang jua ke kampung halaman
Allahyarham dirawat di IJN akibat dipukul perusuh dalam kejadian di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, bulan lalu.
Jenazah Allahyarham telah diterbangkan ke kampung halaman, Kampung Tebengau, Kuala Kedah dari Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Subang, pada pukul 8.50 pagi Selasa dan tiba di Kuala Kedah pada pukul 10.30 pagi.
Topic Berkaitan
#bomba
#Mahathir Mohamad
#majlis tertinggi
#meninggal dunia
#Mohamad Hasan
#Muhammad Adib
#Perdana Menteri
#perpaduan
#RCI
#UMNO
#Waytha Moorthy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan