awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Noor Amila Edrus kini disiasat sebagai kes bunuh - Polis

Bernama
Bernama
18/08/2016
23:41 MYT
Kematian Noor Amila Edrus kini disiasat sebagai kes bunuh - Polis
Kes Noor Amila Edrus ini pada mulanya disiasat sebagai kes orang hilang sebelum bertukar menjadi kes culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Susulan penemuan mayat Noor Amila Edrus Norsham, 5, di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang pada Khamis, kes itu kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang di Jinjang pada 11 Ogos lepas dan ia disiasat sebagai kes kehilangan kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun pada Isnin lepas di sekitar Jinjang dan suspek direman empat hari sehingga hari ini (Jumaat).
BACA: Noor Amila Edrus berkali-kali minta maaf pada ibu
"Esok kita akan buat permohonan untuk lanjutkan reman dan setakat ini siasatan hanya melibatkan seorang individu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sejak kanak-kanak itu dilaporkan hilang, kes itu mulanya disiasat sebagai kes orang hilang sebelum bertukar menjadi kes culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan selepas suspek tersebut ditahan.
"Namun setelah mayat mangsa ditemui hari ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya sambil menegaskan motif pembunuhan masih disiasat.
Noor Amila Edrus, anak sulung daripada dua beradik, tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara. Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan pada kira-kira 12.30 tengah hari Khamis.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak dibunuh
#Kemensah
#kes bunuh
#Noor Amila Edrus
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan