Kematian spesies terakhir badak sumbu Sumatra jantan di negara ini, Tam seharusnya memberi peringatan tentang perlunya masyarakat segera bertindak untuk melindungi semua spesies terancam di negara ini.
Pengarah Konservasi Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Dr Henry Chan berkata kematian Tam pada Isnin menunjukkan bahawa spesies yang terancam boleh pupus dalam kehidupan kita.
"Kita perlu memastikan spesies lain yang terancam seperti gajah, orang utan, banteng (spesies seladang) dan tenggiling tidak akan mengalami nasib yang sama.
"Kita juga perlu meneroka pendekatan baharu dalam pemuliharaan dan pada masa yang sama menangani ancaman yang dihadapi spesies terancam," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Post mortem yang dijalankan ke atas Tam mendapati haiwan itu mati akibat kegagalan kardiopulmonari. Kematian Tam bermakna, kini hanya tinggal seekor sahaja badak sumbu Sumatra di Malaysia bernama Iman.
BACA: Tam mati akibat kegagalan jantung dan paru-paru
Dr Chan berkata walaupun kerajaan melaksanakan pendekatan baharu, usaha pemuliharaan spesies iaitu memberi perlindungan sepenuhya kepada spesies di hutan di negara ini yang menghadapi ancaman, perlu diberi diberi penekanan.
"Kami menggesa kerajaan negeri menyediakan lebih banyak sumber kepada agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah untuk meneruskan usaha mereka," katanya.
BACA: Berita sedih buat Malaysia, Tam sudah tiada...
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Shukor Md Nor berkata pengurusan habitat perlu diberi keutamaan dalam usaha memastikan haiwan terutama yang diancam kepupusan dapat diselamatkan.
Beliau berkata, kerajaan juga perlu memperbanyakkan aktiviti berkaitan di bawah inisiatif "Central Forest Spine" bertujuan mewujudkan kesinambungan habitat biodiversiti negara di empat kompleks hutan utama di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2019
Post mortem yang dijalankan ke atas Tam mendapati haiwan itu mati akibat kegagalan kardiopulmonari. - Gambar fail
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Pantau Agenda Reformasi: Israel terus berdegil, apa peranan global?
Perbincangan memfokus kepada strategi global dalam mendepani kedegilan rejim Zionism yang terus menerus melancarkan serangan ke arah Palestin walaupun Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tela menuntut gencatan senjata segera di Gaza, pada Isnin.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
Peningkatan pemburuan haram badak sumbu, NGO bantu biak 2,000 ekor
Badak sumbu sentiasa disasarkan untuk tanduknya yang mendapat permintaan di Asia Timur untuk ubat-ubatan tradisional dan perhiasan.
Dilahirkan di Prague, anak badak sumbu diabadikan dengan nama ibu negara Ukraine
Pengarah zoo berkenaan memberitahu pemilihan nama itu adalah sebagai tanda menyokong perjuangan Ukraine.
2,500 tanduk badak sumbu dibakar sempena Hari Badak Sumbu Sedunia
Tindakan tersebut dilakukan bagi memberi mesej yang jelas bahawa kerajaan tempatan menentang keras kegiatan pemburuan haram.
Ceroboh kandang badak sumbu di Zoo Singapura demi 'content' TikTok, remaja berdepan tiga tuduhan
Ralph Wee Yi Kai, 19, dituduh melakukan kesalahan jenayah dan vandalisme, serta dua tuduhan melakukan perbuatan nakal.
Pemburu badak sumbu kembali mengancam selepas Afrika Selatan longgar sekatan
Pada 2020, 394 badak sumbu menjadi mangsa, iaitu 30 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Jumlah kes itu juga yang terendah sejak 2011.
Botswana siasat kematian misteri 154 ekor gajah
Apa yang menjadi misteri adalah, bangkai gajah ditemukan dalam keadaan baik, tanpa sebarang kesan menunjukkan ia telah diburu.
Bagaimana kepupusan badak sumbu Sumatera boleh mengundang bencana?
Kepupusan yang melanda spesies dengan nama saintifik Dicerorhinus sumatrensis itu juga merupakan contoh jelas tentang kesan perbuatan manusia.
Kematian Tam seharusnya memberi peringatan
Pengarah Konservasi Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Dr Henry Chan berkata kematian Tam pada Isnin menunjukkan bahawa spesies yang terancam boleh pupus dalam kehidupan kita.
Tam mati akibat kegagalan jantung dan paru-paru
Bedah siasat dijalankan oleh doktor haiwan Dr Zainal Zahari Zainuddin dan pasukannya dari Perikatan Rhino Borneo beberapa jam selepas kematian Tam pada tengah hari semalam.
Malindi anak badak sumbu yang mencuit hati
Seekor anak badak sumbu Malindi, yang lahir seminggu lalu di Zoo Chester, United Kingdom dilihat bermain di kawasan terbuka pada Rabu.