Kematian warga emas yang mayatnya ditemui di dalam bilik air di rumahnya di Permatang Bertam, di sini petang semalam tidak mengandungi sebarang unsur jenayah.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor, hasil bedah siasat ke atas mangsa tidak menemui sebarang kecederaan akibat daripada pergelutan.
"Kes disiasat sebagai SDR iatu kematian mengejut memandangkan hasil bedah siasat yang dijalankan pihak Unit Forensik Hospital Seberang Jaya mendapati kecederaan yang dialami si mati tiada 'defence injuries' akibat pergelutan.
"Tiada unsur-unsur jenayah ditemui," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, hasil siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang kesan pecah masuk ke rumah mangsa atau kesan geledah yang boleh mensabitkan berlakunya unsur jenayah berhubung kematian mangsa.
Hasil soal siasat bersama jiran mangsa juga mendapati, mereka tidak mendengar apa-apa kekecohan sepanjang tempoh kejadian.
BACA: Warga emas ditemui maut dalam bilik air di rumah
Mengulas lanjut, Noorzainy berkata, mangsa yang dikenali sebagai Che Jamilah Ahmad, 72 tahun, tinggal bersama anak lelakinya yang berusia 38 tahun dan bekerja di sebuah syarikat pembersihan di Butterworth.
Sewaktu kejadian, mangsa tinggal seorang diri kerana anak lelakinya keluar bekerja.
"Kali terakhir anak wanita itu melihatnya adalah pada 7.30 pagi hari kejadian sebelum keluar bekerja dan waktu itu, warga emas itu berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan apa-apa tanda yang mencurigakan," kata Noorzainy.
Namun, ketika pulang ke rumah, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di laluan pintu menuju ke bilik air di bahagian dapur dengan kesan luka di bahagian dahi sebelah kanan dan berlumuran darah.
Polis juga menemui kesan darah pada bucu lantai pintu dapur namun tiada percikan darah pada bahagian dinding rumah atau di lantai.
Polis kemudiannya mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
Astro Awani
Sat Dec 21 2019
Noorzainy berkata, hasil siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang kesan pecah masuk ke rumah mangsa atau kesan geledah yang boleh mensabitkan berlakunya unsur jenayah berhubung kematian mangsa. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Polis sahkan kematian bayi akibat luka dikelar di bahagian leher
Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan, Muhammad Uwais Mohd Khairul, di Pasir Gudang semalam adalah akibat luka dikelar di bahagian leher.
Kanak-kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari
Permohonan reman dikeluarkan Majistret terhadap wanita berusia 32 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bayi lelaki usia 3 bulan mati pada hari pertama di pusat asuhan
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke sebuah pusat asuhan di Setia Alam, di sini Isnin lalu.