awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kerajaan tegas perangi rasuah, tanpa pilih kasih – PM Anwar
Permintaan tiket Piala Dunia 2026 pecah rekod
Siklon tropika menuju Australia Barat dinaik taraf ke Kategori 4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemelut PKR: Saya ada banyak benda lain untuk fikir - Tun M

Hakim Rahman
Hakim Rahman
18/07/2019
05:55 MYT
Kemelut PKR: Saya ada banyak benda lain untuk fikir - Tun M
Dr Mahathir menegaskan, beliau mempunyai banyak perkara lain untuk difikirkan berbanding dengan masalah dalaman PKR. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tiada masa untuk berfikir mengenai kemelut yang kini melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut Perdana Menteri, terlalu banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian oleh beliau berbanding masalah yang melanda parti komponen Pakatan Harapan itu.
"Saya ada banyak perkara lain yang perlu difikirkan sekarang termasuk untuk menjawab soalan anda," jawabnya ketika ditanya wartawan dalam sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah kali ke-9 di Putrajaya pada Khamis.
Ketika ditanya wartawan berkaitan soal peralihan kuasa pula, Dr Mahathir berkata, itu soal akan datang dan hanya akan diketahui apabila tiba masanya.
Pada Rabu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu mengambil cuti jika video intim yang mengaitkan beliau itu sahih dirinya.
Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, tegas Anwar, tidak perlu berbuat demikian jika siasatan mendapati sebaliknya.
Bagi Azmin pula, dengan tegas berkata, Anwar sepatutnya melihat cermin sewaktu menyatakan cadangan tersebut.
'Pergeseran' pemimpin nombor satu dan dua PKR itu mencetuskan keresahan dalam kepimpinan dan ahli parti itu.
Kenyataan Anwar mengenai kes video intim menarik perhatian sebahagian Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang menegur kenyataan Presiden parti itu sebagai tidak berasas dan boleh memecah-belahkan parti.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, kesemua 22 ahli MPP dan empat Ahli Parlimen dari parti berkenaan sepakat bahawa kenyataan itu hanya berdasarkan spekulasi semata-mata. BACA: Nasihat Anwar pada Azmin, ambil cuti jika video intim sahih BACA: Video intim: Azmin minta Anwar muhasabah, cermin diri sendiri
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#kemelut anwar azmin
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan