Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai merupakan hasil usaha semua parti komponen gabungan dan bukan usaha individu tertentu semata-mata.
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kejayaan di Tanjung Piai merupakan bukti kekuatan BN sehingga mencapai kemenangan besar.
“Saya rasa tiada individu boleh menuntut kredit di atas kemenangan tersebut, itu sentiasa menjadi kekuatan BN.
“Kemenangan kita bersama tidak boleh diletakkan di atas bahu seorang individu sahaja. Ia mustahil.
“Kita mencapai kemenangan besar kerana usaha semua pihak yang berkempen untuk Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, Yang Berhormat Tanjung Piai,” katanya semasa ditemui di lobi Dewan Rakyat pada Isnin.
Hishammuddin berkata demikian ketika mengulas pertanyaan mengenai sumbangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menjadi faktor besar kemenangan BN di Tanjung Piai.
Jeck Seng pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Piai bermula 2008 sebelum ini tewas kepada Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan 524 undi.
Dalam pada itu Hishammuddin yakin, pengalaman Jeck Seng selama 10 tahun sebagai wakil rakyat Tanjung Piai sebelum ini akan membuahkan hasil cemerlang demi kepentingan dan masa depan kawasan itu sendiri.
“Insya-Allah, seperti mana kesungguhan berkempen untuk memenangkan beliau, saya akan terus bantu dengan sedaya upaya saya demi memastikan suara Tanjung Piai didengar sekerap mungkin di Dewan Rakyat! Work starts now.
“Masanya sudah sampai untuk memastikan bahawa janji-janji kepada rakyat di Tanjung Piai dapat ditunaikan,” ujarnya.
Jelasnya, BN sendiri tidak sempurna, namun kemenangan itu memberi suntikan untuk mereka meneruskan perjuangan selepas tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas.
Wan Syamsul Amly
Mon Nov 18 2019
Menurut Hishammuddin, kejayaan di Tanjung Piai merupakan bukti kekuatan BN sehingga mencapai kemenangan besar. - Gambar fail
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.