awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perak peruntuk lebih RM2.3 juta laksana pelbagai program pendidikan
1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari - BPNB
Negeri Sembilan mampu tingkat pelaburan cecah RM8 bilion tahun ini - Aminuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kewangan setuju saranan baucar buku diteruskan

Bernama
Bernama
10/11/2018
05:59 MYT
Kementerian Kewangan setuju saranan baucar buku diteruskan
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata perkara yang dipersetujui semasa mesyuarat Kabinet semalam itu turut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail
Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan saranan supaya skim bantuan baucar buku bagi penuntut institut pengajian tinggi (IPT) diteruskan.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata perkara yang dipersetujui semasa mesyuarat Kabinet semalam itu turut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Maszlee berkata kementerian terbabit bersetuju untuk melihat cadangan itu yang bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kewangan penuntut IPT.
"Saya telah membawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam iaitu mesyuarat pertama selepas Belanjawan 2019 dibentangkan pada 2 Nov lepas.
"Perdana Menteri juga telah melahirkan pandangan bahawa bantuan seperti skim berkenaan perlu diteruskan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Maszlee menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan dan sokongan Perdana Menteri dalam mempertimbangkan cadangan tersebut demi membantu penuntut IPT.
Kami berharap akan ada berita menggembirakan dalam waktu terdekat berhubung cadangan ini, katanya.
Maszlee berkata cadangan itu adalah selaras dengan janjinya dalam memastikan kebajikan penuntut IPT terbela.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kabinet
#Kementerian Kewangan
#Mahathir Mohamad
#Maszlee Malik
#menteri
#pendidikan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan