Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menafikan laporan yang menyatakan Putrajaya ada meminta bantuan bekas menteri tugas-tugas khas Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membantu memulihkan hubungan diplomatik Malaysia dengan Arab Saudi.
Menurutnya, kesahihan berita di portal berita berkenaan diragui berikutan hanya memetik 'sumber dari Putrajaya' tanpa diketahui siapa dan kebenarannya.
"Saya tidak ada pertemuan dengan beliau (Hishammuddin) dan Wisma Putra tidak pernah minta bantuan daripada beliau dari segi hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi.
"Apa yang berlaku ialah perbincangan antara saya dan duta Arab Saudi ke Malaysia kira-kira sebulan selepas dilantik sebagai Menteri Luar yang telah menerangkan tindakan menarik kembali tentera Malaysia dalam peperangan pakatan negara Arab pimpinan Arab Saudi terhadap Yaman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pemerkasaan Pendidikan Daerah Kuantan di Kolej Universiti Widad di sini pada Sabtu.
Menurutnya, pada pertemuan itu kerajaan Malaysia turut menerangkan sebab projek Pusat Keamanan Antabangsa Raja Salman (KSCIP) tidak diteruskan dan ini diterima baik oleh duta berkenaan.
"Kita menerima maklumbalas baik daripada kerajaan Arab Saudi malah layanan istimewa kepada jemaah haji pada tahun ini turut membuktikan hubungan baik Malaysia dan Arab Saudi masih kekal walaupun beberapa perkara atau persetujuan yang dilakukan kerajaan terdahulu telah ditarik semula," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota berkata bantuan kewangan dan barangan keperluan bernilai RM1 juta kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi, Indonesia sejak dua hari lalu diterima baik oleh kerajaan Indonesia.
"Mereka terbuka menerima kehadiran beberapa pertubuhan bantuan dari Malaysia seperti Global Peace Mission Malaysia dan Mercy Malaysia yang telah berada di sana lebih awal (sejurus bencana).
"Malaysia juga menghantar bantuan melalui Asean Humanitarian Assistance (AHA) yang berpangkalan di Subang Jaya di mana barangan telah dihantar sejak beberapa hari lalu.
"Kita akan terus memberi bantuan dari semasa ke semasa mengikut keperluan mangsa di sana. Kita juga berharap mereka kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan selepas ditimpa bencana itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 07 2018
Wisma Putra tidak pernah meminta bantuan daripada Datuk Seri Hishammuddin Hussein dari segi hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi. - Gambar hiasan
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.