'Ia mungkin khabar angin sahaja."
Itu reaksi Dr Maszlee Malik apabila diminta mengulas ura-ura kononnya bakal diwujudkan Kementerian Pengajian Tinggi sekaligus berlaku pengasingan kuasa melibatkan kementeriannya, Kementerian Pendidikan.
Ujar beliau, perkara itu tidak dibincangkan pada beberapa siri pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk terbaharu semalam.
"Semalam saya bersama Perdana Menteri. Tidak ada pula dibincangkan perkara tersebut...yang dibincangkan adalah supaya menambahbaik penguasaan Bahasa Inggeris dan juga penguasaan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
"Setiap kali pertemuan saya dengan Perdana Menteri, itu perkara yang beliau minta saya beri perkembangan terkini," ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Projek YSS Perpustakaan Mini dan Tuition Mission Percuma Golongan B40 PPR 2019 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, di sini pada Sabtu.
Jelasnya, perlu wujud keselarian dalam polisi-polisi pendidikan melibatkan kedua-dua sektor tinggi dan rendah.
"Saya kira khabar angin sahaja sebab sekarang ini, perlu ada keselarian di antara kedua-dua sektor ini, iaitu pengajian tinggi dan rendah.
"Banyak pencapaian yang hari ini kita lakukan apabila kita sekalikan (kementerian). Contohnya, banyak polisi-polisi kita dapat kita selarikan apabila berada di bawah satu bumbung," katanya.
Sebelum ini, wujud khabar angin bahawa akan berlakunya rombakan Kabinet termasuk mengembalikan semula Kementerian Pendidikan Tinggi.
Namun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan laporan itu sebaliknya beliau menyatakan kepada Kabinet tentang cadangan untuk melakukan sedikit pertukaran portfolio di kalangan anggotanya.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Aug 24 2019
Perkara itu tidak dibincangkan pada beberapa siri pertemuan Dr Maszlee dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk terbaharu semalam. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
Kabinet setuju mula proses pinda Akta Hasutan
Kabinet memberi persetujuan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan bagi mengekang provokasi terhadap isu kaum, agama dan raja (3R).
Pengampunan Najib: Saya bukan sumber media antarabangsa itu - Fahmi
Fahmi nafi beliau sumber yang dipetik sebuah portal antarabangsa yang mendakwa hukuman penjara 12 tahun Najib akan dikurangkan.
Lans koperal didakwa rogol pelajar warga Uzbekistan
Seorang lans koperal polis mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk merogol seorang remaja perempuan warga Uzbekistan.
Emir baharu Kuwait terima peletakan jawatan kabinet
Kabinet akan terus berfungsi sebagai kerajaan sementara untuk menguruskan perkara-perkara mendesak sehingga Kabinet baharu dibentuk.
Malaysia larang kapal Israel berlabuh dan mendarat di Malaysia - PM Anwar
Kerajaan batal keputusan Kabinet pada 2002 benarkan kapal Israel berlabuh, dan keputusan Kabinet 2005 yang benarkan kapal tersebut mendarat.
Skandal dana politik: 3 menteri Jepun letak jawatan
Tiga menteri Jepun meletak jawatan di tengah-tengah skandal dana politik yang tertumpu kepada kumpulan terbesar dalam parti memerintah LDP.
Lebih wajar PM tidak pikul jawatan Menteri Kewangan - Penganalisis politik
Barisan menteri dan Timbalan menteri kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat lebih kuat berbanding terdahulu.
Dasar TVET Negara akan dibawa ke Kabinet, dilancarkan Jun 2024
Rangka dasar berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan kelulusan.
Spekulasi rombakan Kabinet: Ini jawapan Perdana Menteri...
"Januari? Kenapa Januari? Tak Disember," reaksi Perdana Menteri mengenai spekulasi rombakan Kabinet yang diperkatakan.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.