awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pendidikan komited terhadap kaedah pengajaran baharu - Maszlee

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2019
05:17 MYT
Kementerian Pendidikan komited terhadap kaedah pengajaran baharu - Maszlee
Dr Maszlee Malik berkata, pendekatan yang kini dalam peringkat perbincangan itu dijangka akan dimulakan pada tahun 2020 nanti. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan komited untuk menjadikan bidang pendidikan negara agar boleh diakses oleh semua pihak tanpa diskriminasi.
Untuk itu, hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan kaedah pengajaran secara rakaman video oleh guru terpilih akan diberi tumpuan.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pendekatan yang kini dalam peringkat perbincangan itu dijangka akan dimulakan pada tahun 2020 nanti.
Perkara itu telah pun dibentangkan kepada perdana menteri beberapa bulan lalu.
Langkah itu diharap membolehkan warga pendidik berkongsi kepada semua dengan kemahiran yang mereka ada.
BACA: Pengajaran oleh guru berkualiti akan dirakam, diedar ke semua sekolah - Tun Mahathir
"(Dapat) meningkatkan konsep e-learning dan kita ingin pastikan supaya guru berbakat, guru terbaik ini mereka bukan sahaja boleh mengajar di kelas mereka sahaja tetapi boleh kongsikan satu Malaysia dan kita mempunyai beberapa platform yang sedang dibangunkan dan merupakan sebahagian aspirasi Tun yang kita akan laksanakan," katanya di sini hari ini.
Semalam, Tun Dr Mahathir dalam lawatannya ke Kyoto, Jepun memberitahu, kaedah yang akan diperkenalkan itu bakal memberi manfaat kepada guru dan sekolah masing-masing.
Sementara itu, ditanya mengenai kejadian sebuah kelas yang terbakar dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat malam tadi, Dr Maszlee memaklumkan, pihaknya telah pun menerima laporan mengenai kejadian itu.
“Kita telah menerima laporan pagi tadi tetapi laporan lengkap dari polis dan bomba kita masih menantikan. Buat Kementerian Pendidikan, kita menuruti SOP sedia ada dan kita lakukan tindakan sesegera mungkin bermula pagi ini,” katanya.
Kebakaran terbabit melibatkan sebuah bilik kelas yang digunakan untuk mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT).
Topic Berkaitan
#bomba
#Dr Maszlee Malik
#guru
#kebakaran
#Kementerian Pendidikan
#Mahathir Mohamad
#Maszlee Malik
#pendidikan
#Perdana Menteri
#rakaman pengajaran
#Sains
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan