Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk mengkaji semula hukuman buang sekolah ke atas pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah.
Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata ini adalah kerana hukuman itu hanya dalam tempoh maksimum dua minggu dan bukannya membuang terus pelajar berkenaan dari sistem pendidikan dan tidak lagi mempunyai peluang untuk kembali bersekolah.
"Perkara ini perlu jelas, pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah, selepas kita beri amaran, rotan dan sebagainya barulah kita ambil tindakan buang sekolah ini.
"Namun hukuman buang sekolah ini bukanlah bermaksud pelajar itu langsung tidak boleh kembali ke sekolah selepas tempoh hukuman tamat, ibu bapa boleh buat permohonan semula kepada sekolah sama atau sekolah lain untuk membolehkan anak mereka bersekolah semula.
"Namun jika ibu bapa tidak buat permohonan pihak sekolah atau pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan mencari pelajar berkenaan dan minta dia mohon untuk kembali ke sekolah," katanya kepada pemberita selepas program Mengedarkan Kalender 2018 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian susulan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) baru-baru ini agar hukuman buang sekolah sedia ada dihapuskan dan digantikan dengan kelas pemulihan atau peralihan buat murid sekolah yang bermasalah atau berhadapan masalah disiplin.
Menurut Menterinya Datuk Seri Rohani Karim, ia adalah bagi memberi impak jangka panjang kepada masa depan seseorang remaja dalam memastikan mereka mendapat peluang memperbaiki hidup dan kembali kepada masyarakat.
Namun cadangan itu mendapat bantahan daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Dalam perkembangan lain, Chong berkata kementerian sedia berbincang mengenai cadangan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk memperkenalkan subjek baharu iaitu subjek alam sekitar dari peringkat tadika hingga ke universiti.
"Kalau ikutkan subjek mengenai alam sekitar ini memang sudah ada di sekolah-sekolah tetapi dalam subjek geografi.
Chong berkata jika sekadar mahu menambah baik subjek sedia ada mengenai alam sekitar ketika ini, ia boleh dipertimbangkan namun sekiranya perlu mewujudkan mata pelajaran baharu untuk alam sekitar ia dikhuatiri akan menjadi bebanan dalam sistem pendidikan yang akkhirnya memberi kesan kepada prestasi pelajar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2017
CHONG: Pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah, selepas kita beri amaran, rotan dan sebagainya barulah kita ambil tindakan buang sekolah ini. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Pelajar tidak buat rayuan setelah dibuang sekolah
Hampir 40 peratus pelajar yang dibuang sekolah di Terengganu dikesan tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah.
Kementerian Pendidikan tidak bercadang kaji semula hukuman buang sekolah
Hukuman itu hanya dalam tempoh maksimum dua minggu dan bukannya membuang terus pelajar berkenaan dari sistem pendidikan.
NUTP bantah mansuh hukuman buang sekolah pelajar bermasalah
Sekolah merupakan institusi untuk mendidik dan memerlukan peraturan berkesan dalam menyelamatkan pelajar daripada anasir negatif.
Cadangan hapuskan hukuman buang sekolah boleh dipertimbangkan - Mahdzir
Kementerian Pendidikan sudi duduk semeja bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi berunding mengenai cadangan menghapuskan hukuman buang sekolah.
Cadangan hapus hukuman buang sekolah: 'Segalanya bermula dari ibu bapa' - Perunding
Ketika cadangan mansuh hukuman buang sekolah bagi mengelak pelajar bermasalah terus tersasar disuarakan, aspek yang lebih besar perlu dilihat iaitu peranan ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak.
Kaedah kaunseling kurangkan pelajar dibuang sekolah - Mahdzir
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun jumlahnya kecil, pendekatan positif perlu diambil terutama oleh Unit Kaunseling di setiap sekolah.
Rohani cadang hukuman buang sekolah dikaji semula
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan agar tindakan "buang sekolah" yang dikenakan terhadap pelajar bermasalah di negara ini dikaji semula.
Kebakaran Tahfiz: Tujuh suspek pernah dibuang sekolah kerana isu disiplin
Tiga suspek pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampang, dua suspek di SMK Padang Tembak dan dua lagi masing-masing di SK Dato Keramat (1) dan SK Dato Keramat (2).
Polis jalankan siasatan kes buli di sekolah di Jelutong
Polis sudah mengenalpasti kumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Jelutong berhubung insiden pergaduhan membabitkan dua pelajar sekolah itu.