awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pertahanan nafi dapatkan pesawat Gripen

Bernama
Bernama
27/03/2013
03:53 MYT
Kementerian Pertahanan nafi dapatkan pesawat Gripen
Malaysia hanya akan membuat pembelian terus untuk mendapatkan aset ketenteraan dan bukannya melalui sewaan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menafikan laporan yang menyebut Malaysia bercadang mendapatkan pesawat pejuang pelbagai guna (MRCA) Gripen buatan Sweden melalui sistem sewaan, beliau menegaskan Malaysia tidak pernah mendapatkan aset ketenteraan melalui sistem sewaan.
"Saya nak tegaskan ia sama sekali tidak benar, kerana kita mendapatkan aset secara terus iaitu melalui pembelian," katanya pada sidang media Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini Selasa.
Sebuah majalah pertahanan antarabangsa dalam penerbitan bulan Mac, antara lain, melaporkan Malaysia bakal mendapatkan 24 hingga 32 pesawat tempur jenis Gripen melalui sewaan.
Gripen kini digunakan tentera udara Sweden, Afrika Selatan, Hungary, Republik Czech dan Thailand serta digunakan di sebuah sekolah ujian juruterbang di United Kingdom.
Ahmad Zahid berkata ia merupakan hak Malaysia sebagai negara pembeli untuk membuat keputusan memilih pesawat MRCA yang terbaik untuk negara dan ia bukan diputuskan oleh syarikat industri pertahanan.
Dalam pada itu, beliau berkata proses naik taraf dan penambahbaikan pesawat Nuri sedang dijalankan dan dijangka sebahagian daripada pesawat buatan Amerika Syarikat jenis Sikorsky itu akan digunakan oleh tentera darat.
Beliau berkata penambahbaikan dari segi kotak gear, kipas pesawat serta proses naik taraf analog kokpit kepada digital kokpit giat dijalankan bagi memantapkan inventori ketenteraan negara.
Ditanya pemberita kemungkinan pesawat tersebut akan dijual kepada negara ketiga, Ahmad Zahid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan ia akan dijual selepas proses penambahbaikan serta naik taraf selesai dijalankan.
"Mungkin sebahagian pesawat Nuri ini kita akan jual kepada negara ketiga yang berminat untuk mendapatkannya...duit dari hasil jualan kita akan cuba dapatkan aset lain yang lebih canggih," katanya.
Sehingga kini kira-kira 30 pesawat Nuri masih digunakan negara selepas menabur bakti lebih 40 tahun.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
#Gripen
#Malaysia
#Menteri Pertahanan
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan