Kementerian Pertahanan bersedia untuk menghantar pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, China yang kini dilanda wabak 2019 novel koronavirus.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata ketika ini pihaknya perlu menunggu arahan dan kelulusan daripada kerajaan pusat untuk membawa pulang rakyat Malaysia di sana.
"Kalau keputusan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) perlu bantuan kita (Kementerian Pertahanan) untuk bawa keluar rakyat (Malaysia) di sana, ATM bersedia untuk menghantar kapal terbang.
"Kita ada kapal terbang pengangkut C130 iaitu kapal terbang milik ATM untuk dihantar bagi bawa balik mereka, tapi setakat ini belum ada arahan lagi untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program perjumpaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bersama perwakilan Amanah kawasan Bukit Mertajam, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan bahawa kerajaan sedia membawa pulang rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan.
Dr Mahathir berkata Malaysia akan berbincang dengan kerajaan China supaya rakyatnya yang tidak dijangkiti boleh pulang ke negara ini dengan pesawat, sebagaimana kerajaan Jepun dapat membawa pulang rakyatnya selepas mendapat kebenaran dari China sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 30 2020
MOHAMAD: Kita ada kapal terbang pengangkut C130 iaitu kapal terbang milik ATM untuk dihantar bagi bawa balik mereka. - Gambar fail
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Sirul kemungkinan besar gagal dibawa pulang - Razarudin
Perbezaan peruntukan undang-undang antara Malaysia dan Australia mempengaruhi keadaan itu.
Ketegangan di Rusia: Kerajaan sedia bawa pulang 755 rakyat Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedia membawa pulang seramai 755 rakyat Malaysia yang berada di Rusia sekiranya keselamatan mereka terjejas.
Myanmar setuju pelarian Rohingya dihantar pulang - Menteri Luar Bangladesh
China sebagai sekutu penting Myanmar akan memudahkan proses penghantaran pulang.
Kerajaan belum buat keputusan bawa balik rakyat Malaysia di Rusia - Saifuddin
Kerajaan belum membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Rusia yang terkesan akibat sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap negara itu.
India bawa pulang diplomat, warganya dari Kabul
Sebuah pesawat C-17 Tentera Udara India (IAF) menerbangkan lebih 120 rakyat India, termasuk diplomat, dari Kabul dan mendarat di Gujarat pada Selasa, kata seorang pegawai kerajaan.
Misi repatriasi bawa pulang rakyat Malaysia dari India selamat tiba di tanah air
Misi repatriasi membawa pulang rakyat Malaysia dari New Delhi dan Mumbai, India selamat tiba di Unit Kecemasan Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1 pagi tadi.
PKPB: Banyak premis makanan masih kekal konsep 'take away'
Terdapat restoran makanan segera yang masih belum 'membuka pintu' kepada orang ramai untuk makan di dalam premis.
PKP: Berniaga makanan sehingga 10 malam hanya rumitkan kawalan - Menteri
Ini kerana kebanyakan yang keluar kelak tidak semestinya keluar untuk ke gerai sahaja dan ini hanya akan merumitkan kawalan.
Jerantut, Pekan dan Raub dilarang jual makanan secara bawa pulang mulai esok
Arahan itu juga meliputi restoran makanan segera di tiga daerah terbabit.
COVID-19: Malaysia, Brunei kerjasama bawa pulang rakyat terkandas di luar negara
84 rakyat malaysia yang terkandas di mesir telah dibawa pulang menaiki pesawat sewaan khas Kerajaan Negara Brunei Darussalam.