Kemerdekaan negara ini bukan hadiah manis dan ihsan kolonial Inggeris sebaliknya hasil pengorbanan pejuang tanah air terdahulu, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata kita tidak akan mampu membayar balik semua pengorbanan itu dengan apa-apa imbuhan sekalipun.
"Kemerdekaan adalah maruah dan harga diri yang kita tebus dengan darah, keringat dan air mata daripada pejuang bangsa.
"Mereka (pejuang bangsa) benar-benar rela mati, hanya kerana ingin bangsa ini bebas daripada penjajah," katanya ketika menyampaikan Amanat Merdeka pada Majlis Ambang Merdeka bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Ledang, di sini Selasa malam.
Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Anggota Parlimen Ledang Datuk Ir Hamim Samuri dan Pegawai Daerah Tangkak Abdul Alim Abd Shukor.
Pada majlis tersebut, Mohamed Khaled turut melancarkan lagu Muafakat Johor dan Laman Survei Bajet Johor 2017.
Khaled berkata makna dan tujuan menyambut Hari Kebangsaan adalah mendoakan para pahlawan negara, menghayati semangat pantang menyerah kalah dan keberanian yang terdapat pada pejuang bangsa.
Katanya selain itu pengajaran yang perlu dihayati ialah semangat berkorban, dan menurutnya "tidak ada apa yang mudah dalam dunia ini... apa pun yang dilakukan pastinya memerlukan pengorbanan".
Beliau berkata rakyat negara ini perlu merasa bangga menjadi rakyat Malaysia.
"Kita mesti bangga punya tanah air, punya Malaysia yang satu-satu ini.
"Jangan kita berpeluk tubuh, melihat dan membiarkan sahaja tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab merobek dan merosakkan negara ini," katanya.
Bernama
Tue Aug 30 2016
Dalam Majlis Ambang Merdeka bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Ledang, Mohamed Khaled turut melancarkan lagu Muafakat Johor dan Laman Survei Bajet Johor 2017. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Kubu pertahanan di Bertam Baru imbas pengalaman perintah berkurung
Kubu pertahanan berusia 81 tahun yang masih kukuh tersergam di pintu masuk berhadapan Balai Polis Bertam Baru, di sini mengingatkan penduduk kampung tentang pengalaman perintah berkurung.
Perlu kaedah kreatif didik kanak-kanak tentang pembentukan Malaysia
Pusat pendidikan awal kanak-kanak turut memainkan peranan penting dalam menerapkan penghayatan Hari Malaysia khususnya perasaan menghargai perbezaan dan keunikan tersendiri setiap negeri.
Signifikan TLDM diberi penghormatan naikkan bendera pada Hari Kebangsaan
Istiadat menaikkan Jalur Gemilang ketika acara sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun dalam negara dipertanggungjawabkan kepada TLDM.
Kibar Jalur Gemilang tanda cinta negara bukan kerana arahan - MB Selangor
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mahu penjawat awam di negeri itu mengibarkan Jalur Gemilang.
Mohd Merdeka harap Malaysia bebas dari COVID-19
Mohd Merdeka Ismail harap rakyat Malaysia yang belum terima vaksinasi agar segera mendaftar dan bantu negara bebas daripada wabak COVID-19.
Kanak-kanak antara lima maut dalam insiden tembakan di Chicago
Seorang kanak-kanak perempuan antara lima terbunuh dalam insiden tembakan di Chicago semasa hari kemerdekaan Amerika Syarikat (AS).
Mydin kini berusia 62 tahun seusia kemerdekaan negara - Pengarah Urusan Mydin
yarikat itu mula bertapak di Kota Bahru, Kelantan pada 1957 dan kini memiliki 74 cawangan di seluruh negara dengan 26 daripadanya bertaraf 'hypermarket'.
Triatlon: Kejayaan ini khas untuk mendiang ayah - Sue Ling
Berbangga dapat habiskan perlumbaan triatlon di kedudukan ke-16 daripada 22 peserta dalam penampilan sulung di Sukan Asia Jakarta-Palembang.
Kemerdekaan Malaysia bukan hadiah manis dan ihsan kolonial Inggeris - MB Johor
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kemerdekaan adalah maruah dan harga diri yang kita tebus dengan darah, keringat dan air mata daripada pejuang bangsa.