Tutup

Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia di New York

Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia di New York
Muhyiddin Yassin dan Syed Mohamad Hasrin di majlis resepsi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 di New York, Amerika Syarikat pada Khamis.
SEKALIPUN jauh di perantauan, namun sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 tetap tidak lupa diraikan oleh rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

Di New York, Amerika Syarikat misalnya, sambutan kedua-dua hari yang cukup bermakna itu dianjurkan oleh Perwakilan Tetap negara ke Bangsa-bangsa Bersatu (BB).


Kumpulan kanak-kanak Gemala Sitra lengkap dengan pakaian tradisional menjadi tumpuan pada resepsi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 di New York, Amerika Syarikat.

Walaupun majlis itu iadakan dalam skala yang sederhana, namun kemeriahan tetap terasa kerana semangat Malaysia jelas terpamer.
Apa yang lebih istimewa, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia turut disertai Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menjadi tetamu kehormat pada acara resepsi yang diadakan pada Khamis malam.

Selain Muhyiddin, majlis berkenaan turut dihadiri para diplomat dari pelbagai negara.
Para tetamu yang menghadiri majlis berkenaan disambut oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Syed Mohamad Hasrin Aidid dan dijamu dengan pelbagai sajian Malaysia.

Acara berkenaan turut menampilkan persembahan tarian tradisional oleh kumpulan tari anak-anak diplomat yang dikenali sebagai Gemala Sitra New York. Mereka dipimpin oleh rakyat Malaysia yang kini menetap di New York, TK Lim @ Aqoque.

Syed Mohamad Hasrin (tengah), TK Lim @ Aqoque bersama rakyat Malaysia lain di majlis sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019.




Tag: New York, Malaysia, Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Perwakilan Tetap, PBB



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.