awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen boikot produk boleh timbul isu antara kaum - Anwar

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/09/2019
06:00 MYT
Kempen boikot produk boleh timbul isu antara kaum - Anwar
Menurut Anwar, adalah penting untuk umat Islam mengeluarkan produk yang memudahkan umat Islam sekali gus diterima oleh semua kaum. - Gambar Media PKR
Kempen memboikot barangan bukan Islam merupakan satu langkah yang tidak sihat dan boleh menimbulkan pertengkaran serta isu antara kaum.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, adalah penting untuk umat Islam mengeluarkan produk yang memudahkan umat Islam sekali gus diterima oleh semua kaum.
"Kalau mahu mempromosikan produk halal, itu boleh diterima, namun ia tindakan tidak sihat jika mahu promosi kempen yang boleh menimbulkan pertengkaran dan isu antara kaum.
"Tetapi, ada juga barang-barang yang diperlukan oleh muslim, tetapi dihasilkan oleh orang Cina dan ia halal.
"Jadi, konotasi perkauman yang digunakan dalam kempen sebegini tidak sihat dalam masyarakat berbilang kaum dan bangsa," katanya.
Anwar berkata demikian semasa sidang media selepas ucaptama Majlis Antarabangsa untuk Kerjasama Sejarah dan Kebudayaan-Asia Tenggara (ICHCC-SEA) dengan Persatuan Sejarah Malaysia di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) pada Selasa.
Akhir-akhir ini terdapat kempen dalam media sosial oleh segelintir pihak supaya memboikot barangan keluaran bukan Islam dan membeli produk keluaran Bumiputera.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan tidak bersetuju dengan gerakan memboikot itu dan menyifatkan perkara berkenaan hanya dilakukan oleh mereka yang berfikiran cetek.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, gerakan memboikot produk keluaran bukan Bumiputera tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada sesiapa, kata
Katanya, rakyat Malaysia seharusnya meraikan kepelbagaian masyarakat dan memanfaatkan kekuatan bersama, terutamanya dalam soal ekonomi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Bumiputera
#Cina
#ekonomi
#GERAKAN
#Halal
#Islam
#Mahathir Mohamad
#media sosial
#PKR
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan