Operasi medan selera dan pasar malam di Terengganu akan dihentikan 15 minit semasa solat Maghrib secara berperingkat mulai tahun depan, kata seorang anggota Exco negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Mohd Nurkhuzaini A Rahman berkata cadangan itu bagaimanapun hanya akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri setelah medan selera atau pasar malam tersebut mempunyai kemudahan tertentu seperti surau, tandas dan tempat mengambil wuduk.
"Ini memerlukan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) untuk melengkapkan kemudahan itu di lokasi tersebut.
"Setakat ini, medan selera di Jerteh dekat Besut telahpun melaksanakan kempen itu bermula 15 Syawal lalu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia.
Mohd Nurkhuzaini berkata, melalui kempen yang melibatkan 17 peniaga di medan selera Jerteh itu, mereka menutup kedai 15 minit sebelum azan Maghrib dan kembali beroperasi selepas menunaikan solat 10 minit kemudian.
"Peniaga hanya perlu menutup kedai mereka selama 15 minit sahaja dan maklum balas daripada peniaga medan selera itu adalah positif dan pelanggan juga memahami dan menghormati waktu solat tersebut," katanya.
Mohd Nurkhuzaini yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putera mengakui pada mulanya, ada bantahan daripada peniaga memandangkan tempoh itu adalah antara waktu puncak, namun akur perniagaan yang berkat adalah yang patuh syariah dan mengutamakan kewajipan diperintahkan Allah.
"Kita juga akan ada satu mesyuarat bersama penjaja kecil dalam masa terdekat yang antara lainnya membincangkan mengenai kempen ini agar mereka juga melaksanakannya di tempat masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018
Peniaga dan pelanggan di medan selera di Jerteh sama-sama menghormati waktu solat. - Gambar hiasan
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
Alif Satar perluas kempen #GengSubuhMacamJumaat ke UK
Alif akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di UK bagi merealisasi inisiatif berkenaan.
PRK Kemaman: Hujan lebat tidak halang kempen calon BN
Hujan lebat sejak subuh tidak menghalang calon Barisan Nasional untuk meneruskan kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
PRK Kemaman: SPR tubuh lima pasukan penguat kuasa kempen
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan lima Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
PRK Pelangai: Kempen secara berhemah - Jalaluddin Alias
Jalaluddin berkata mereka seharusnya berbicara soal dasar dan perancangan yang ingin dilaksana bagi membolehkan rakyat membuat pilihan.
PRK: Suhu kempen masih suam, perang poster, bendera hambar
Suhu kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram masih lagi suam-suam kuku dengan "enjin" jentera kempen bagi parti-parti yang bertanding dilihat
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
PRN: 'Berkempen tak payah maki hamun' - Anwar ingatkan Muhyiddin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak menggunakan pentas ceramah politik untuk memaki hamun parti lawan.
PRN: 'Orang UMNO jangan serang UMNO, serang musuh' - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan ahli UMNO untuk tidak menyerang kepimpinan parti sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
PRN: KPT bukan 'polis' pantau mahasiswa berpolitik - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi bukan 'polis' untuk memantau penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
DAP Kelantan tumpu sembilan DUN bantu menangkan calon PH-BN
Pengerusi DAP negeri Datuk Azaha Abdul Rani berkata setiap DUN berkenaan mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 2,000 orang.