Tutup

Kempen membeli barangan Muslim tidak salah - Mohd Redzuan

Kempen membeli barangan Muslim tidak salah - Mohd Redzuan
REDZUAN: Suhu perkauman yang meningkat akibat kempen tersebut berlaku sejak kebelakangan ini berlaku akibat salah faham terhadap usaha mengalakan pembelian barangan Muslim tanpa menolak produk bukan Muslim. - Astro AWANI/Shahir Omar
ALOR GAJAH: Kempen membeli barangan Muslim tidak salah selagi ia tidak memboikot produk lain, kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Beliau berkata suhu perkauman yang meningkat akibat kempen tersebut berlaku sejak kebelakangan ini berlaku akibat salah faham terhadap usaha mengalakan pembelian barangan Muslim tanpa menolak produk bukan Muslim.
"Tidak salah dengan beli barangan Muslim ataupun barangan bukan Muslim kerana ia terpulang kepada citarasa pengguna itu sendiri yang membuat keputusan.

"Kita tidak boleh paksa orang membeli makanan kalau tidak menepati citarasa pengguna itu sendiri kerana kita mengamalkan pasaran terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Turun Padang Mendekati Ushawan Di Peringkat Akar Umbi anjuran Tekun Nasional hari ini.
Turut hadir Pengerusi Tekun Nasional Datuk Seri Muhamaad Suparadi Md Noor dan Ketua ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Adam Abd Ghani.

Dalam perkembangan lain, Mohd Redzuan berkata Malaysia perlu terus ke depan dalam usaha meningkatkan pasaran halal global akan tidak ketinggalan ke belakang.

"Jika usaha ini tidak diperkasakan Malaysia akan ketinggalan kebelakangan bukan hanya kepada negara Islam tetapi negara maju seperti Jepun yang sedang berlumba-lumba untuk menjadi juara industri halal untuk dunia.

"Namun negara maju seperti Jepun, Asia Barat dan Rusia telah menyatakan kesedian untuk menjadikan Malaysia sebagai hub Industri halal.

Beliau berharap peluang ini digunakan seluas mungkin oleh usahawan kecil bagi meningkat kapasiti dan mutu produk untuk memasuki pasaran global.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya masih tercari kaedah bagi mewujudkan pusat pemborongan atau pusat peruncitan untuk mengurangkan penglibatan orang tengah bagi menurunkan kos sara hidup di negara ini.

"Kalau kita ada jaringan contohnya Tekun Mart dan Tekun Mall seluruh Malaysia satu hari nanti..kita boleh selaraskan harga barang tanpa libatkan logistik yang berbeza-beza apabila mempunyai saringan yang begitu kuat," katanya.

Beliau berkata sebagai permulaan Tekun Mall akan dibuka di Kota Baharu, Kelantan melibatkan 3,000 usahawan dan di Masjid Tanah, Melaka melibat 2,800 usahawan tidak lama lagi dan ianya akan diperluskan ke seluruh Malaysia secara berperingkat.

Mohd Redzuan berkata mengikut perancangan, 70 peratus barang di Tekun Mall itu nanti akan di isi dengan produk hasil usahawan Tekun itu sendiri.

Beliau berharap usahawan Tekun mengambil peluang ini dan bersedia bagi meluaskan pasaran pada masa akan datang dengan menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

Katanya Tekun mampu menjadi pemanking antara agensi yang lain yang boleh memperkaskan negara ini sebagai negara usahawan menjelang tahun 2030.

-- BERNAMA


Tag: kempen beli barangan muslim, BMF, boikot produk, Menteri Pembangunan Usahawan, mohd redzuan yusof, perkauman, produk bukan muslim



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.