Kempen Tabung Pahlawan 2019 berjaya melebihi sasaran minimum selepas memperolehi sebanyak RM9.2 juta sejak ia mula dilancarkan pada Ogos lalu.
Sebelum ini, Kementerian Pertahanan menyasarkan sebanyak RM6 juta kutipan bagi mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan bagi membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tanggungan pada masa depan.
Antara penyumbang terbesar ialah ADAP 4orty Global Sdn Bhd yang menyumbang RM1 juta dan tajaan RM400,000, diikuti dengan Yayasan Al-Bukhary, dan Weststar Group yang masing-masing menyumbang wang tunai sebanyak RM1 juta.
Susulan itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata dengan hasil sumbangan ini, objektif kempen dapat direalisasikan dengan jayanya.
Beliau berkata, pelbagai insiatif telah dijalankan oleh pihaknya di antaranya ialah beberapa promosi yang dilaksanakan melalui pelbagai platform untuk menguar-uarkan kepada segenap pelusuk negara.
Ia termasuk kepada mengadakan program seperti semarak kasih veteran: Food for Gelandangan, Kempen Derma Darah dan juga beberapa siri ‘flash mob’ di sekitar kawasan Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, beberapa program lain yang turut akan dilaksanakan antaranya adalah jelajah motosikal Kempen Tabung Pahlawan yang dijangka pada awal November ini, serta larian amal veteran ATM dan malam penghargaan pada Februari tahun depan.
Bagaimanapun, Mohamad Sabu turut menyatakan bahawa kutipan tersebut masih akan diteruskan di masa hadapan.
“Saya menyeru kepada semua agar sumbangan yang telah diberikan kepada pahlawan negara-negara ini akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, kempen berkenaan diteruskan bagi mengumpul lebih banyak dana untuk membantu veteran ATM yang mengalami kesukaran terutama veteran orang kelainan upaya (OKU) yang memerlukan kerusi roda, golongan asnaf dan bantuan kemasukan persekolahan.
“Dana Tabung Pahlawan adalah bertujuan bagi bantuan kebajikan kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarga secara menyeluruh merangkumi Veteran Kelainan Upaya (VKU), bantuan kepada balu dan anak-anak veteran dalam kategori OKU.
Di samping itu, ia juga akan diagihkan kepada veteran yang terlibat dalam musibah dan bencana alam, bantuan ihsan bagi veteran dan balu veteran yang dalam keadaan daif, dan banyak lagi.
Majlis Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahwlawan 2019 turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah selaku Penaung Tabung Pahlawan bagi majlis pelancaran dan meraikan penyumbang dana.
Faris Danial Razi
Mon Oct 21 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Perdana Menteri yang juga penaung Tabung Pahlawan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika bergambar kenangan pada Majlis Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2019 di Wisma Perwira hari ini. - BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, pada Isnin.
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Perlawanan Piala Sumbangsih kekal berlangsung
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor akan kekal berlangsung Jumaat ini.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
[TERKINI] Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
Kempen Tabung Pahlawan 2019 berjaya capai sasaran RM9.2 juta
Kempen Tabung Pahlawan 2019 berjaya melebihi sasaran minimum selepas memperolehi sebanyak RM9.2 juta sejak ia mula dilancarkan pada Ogos lalu.