Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mencipta sejarah menjadi wanita pertama memegang jawatan tertinggi badan kehakiman apabila dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.
Pelantikan beliau berkuat kuasa hari ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Menurut kenyataan itu, majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan serta sumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan setelah mendapat perkenan Seri Paduka.
Tengku Maimun menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara pada 12 April.
Lulusan Universiti Malaya, Tengku Maimun, yang akan berumur 60 tahun pada Julai, memulakan kariernya sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada 1982.
Pada 1984, beliau menjadi pegawai undang-undang di Majlis Perbandaran Seremban selama dua tahun sebelum menyertai Jabatan Peguam Negara di Bahagian Gubalan.
Dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan, Tengku Maimun turut memegang beberapa jawatan termasuk majistret, hakim mahkamah sesyen, peguam persekutuan dan penolong kanan pendaftar serta pegawai khas kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Beliau dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 2005 sebelum dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 2006 dan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun berikutnya.
Beliau kemudian dinaikkan pangkat, menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 2013 dan seterusnya dilantik menjadi hakim Mahkamah Persekutuan pada November tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2019
Tengku Maimun menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara pada 12 April. - Foto Pejabat Perdana Menteri
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Badan kehakiman bebas buat keputusan selagi tidak takut atau pilih kasih - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata pelbagai kecaman dan komen berbaur politik disasarkan kepada badan kehakiman apabila keputusan tidak memihak kepada tokoh-tokoh tertentu.
Hormati kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman - Sultan Selangor
Sebarang tohmahan yang tidak berasas akan mengundang persepsi negatif terhadap kebebasan Badan Kehakiman, menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran keadilan negara.
Polis buka kertas siasatan berhubung Perhimpunan Kebebasan Badan Kehakiman
Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia di Padang Merbok, ibu negara pada Jumaat.
Badan Kehakiman laksana Sistem Notifikasi Pelepasan Dari Lokap mulai Selasa ini
Sistem itu akan memaparkan status penyelesaian pembayaran denda dan pembebasan tertuduh sebagai tahanan lokap yang telah dijatuhi hukuman denda sahaja.
Pandemik COVID-19 dorong Badan Kehakiman lebih aktif dalam media sosial - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata, hubungan yang berterusan dengan orang awam adalah penting untuk mendidik dan memberi mereka maklumat yang tepat.
COVID-19: Badan Kehakiman manfaat teknologi laksana prosiding dalam talian - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, ia bagi memastikan akses keadilan kepada orang awam, biarpun terdapat batasan pergerakan dalam era PKP dan PKPB.
Badan Peguam Malaysia gesa badan kehakiman pertimbangkan semula arahan e-filing
Ahli Badan itu berdepan kesukaran untuk mematuhi tarikh akhir bagi pemfailan kes baharu dan dokumen lain di mahkamah menerusi e-filing susulan pelaksanaan perintah itu.
Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara
Beliau berkata ini adalah satu-satunya cara bagi Badan Kehakiman mengembalikan kemuliaan dan kredibiliti dipandang tinggi.
'Pengganti saya? Itu soalan RM1 juta' - Ketua Hakim Negara
Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum masih memilih untuk menutup mulut apabila ditanya mengenai siapa yang bakal menggantinya selepas beliau bersara wajib bulan depan.