Teka-teki kehadiran Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini terjawab selepas beliau dilihat bersama bekas calon PRU14 Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ketika ditemui, Khairuddin berkata, kehadiran mereka bagi mengikuti pendengaran petisyen pilihan raya Parlimen Jasin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di hadapan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

“Iya kami datang untuk mengikuti kes petisyen piliharaya Parlimen Jasin,” katanya.

Terdahulu, kehadiran Clare pada jam 9.15 pagi menimbulkan tanda tanya petugas media selepas kelibatnya tidak kelihatan di dalam galeri mahkamah prosiding permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan perintah tegahan (gag order) untuk menghalang perbicaraan awam terhadapnya.