Kenapa jururawat dipanggil 'Misi'?

Kenapa jururawat dipanggil 'Misi'?
Panggilan itu bukanlah asing malah menjadi panggilan mesra buat jururawat di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Mungkin ada di antara anda yang pernah mendengar sesetengah orang terutamanya golongan yang lebih tua memanggil jururawat dengan panggilan "Misi".

Di sesetengah kawasan di Malaysia, panggilan itu bukanlah asing malah menjadi panggilan mesra buat jururawat di Malaysia.

Namun, tahukah anda mengenai asal-usul kewujudan panggilan ini?

Berikut merupakan cerita di sebalik asal-usul panggilan Misi yang dikongsi oleh laman Facebook Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
ASAL-USUL PANGGILAN MISI

Menurut seorang pesara jururawat , Anne Frances, tiada siapa yang betul-betul tahu dari mana panggilan 'Misi' di dalam profesion kejururawatan tempatan itu bermula .

Namun, di Malaysia panggilan 'Misi' terhadap seorang jururawat bermungkinkan muncul pada zaman penjajahan pihak British.

Dalam Bahasa Inggeris, 'Missy' ialah panggilan terhadap wanita muda atau anak gadis.

Pada zaman kolonial, doktor British akan memanggil jururawat muda sebagai 'Missy'.

Ia satu cara yang sopan bagi menyapa seorang jururawat yang anda tidak tahu namanya.

Jadi di hospital ketika itu, adalah perkara biasa bagi kita memanggil jururawat sebagai 'Missy' tidak kira siapa namanya yang sebenar.

Penduduk tempatan termasuk masyarakat Melayu kemudian menjadi serasi dengan panggilan ini yang kemudian bertukar menjadi 'Misi' sehinggalah ke hari ini.

 

Menarik bukan? Selamat Hari Jururawat Sedunia dari kami, Astro AWANI.




Tag: Kementerian Kesihatan, jururawat, hari jururawat sedunia, misi


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.