Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kenapa masih wujud kes baharu COVID-19? Ini lima fokus utama sidang media harian KKM

Kenapa masih wujud kes baharu COVID-19? Ini lima fokus utama sidang media harian KKM
Kes baharu COVID-19 di Malaysia mengalami peningkatan kes berbanding semalam, namun masih kekal pada angka dua digit.
PUTRAJAYA : Kes baharu COVID-19 di Malaysia mengalami peningkatan kes berbanding semalam, namun masih kekal pada dua digit.

Berikut tumpuan utama dalam sidang media COVID-19 pada Rabu.

1. 93 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,970 kes.

2. Hanya dua kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
3. 61 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari pandemik itu dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,531 kes.

4. Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan Malaysia merekodkan kosong kematian baharu COVID-19 dalam tempoh 12 hari.
5. 36 kes positif baharu dilaporkan di kluster Pedas, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 256 kes. 14 kes di kalangan warga Malaysia dan 242 kes bukan warganegara.