Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hairan mengapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) ‘membisu’ berhubung kenyataan International Petroleum Investment Co (IPIC) yang menafikan 1Malaysia Development Berhad 1MDB berhutang dengan syarikat itu.

Beliau mendakwa kenyataan balas IPIC seolah menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan telah melakukan pembohongan.

“Dua minggu lalu PH keluar kenyataan untuk batal penyelesaian perjanjian IPIC dan enggan membayar AS$4.5 bilion yang kita hutang kepada IPIC.

“Namun anehnya, IPIC serta-merta membalas kata 1MDB langsung tak hutang dengan mereka.

“Kenyataan IPIC seolah-olah menuduh kerajaan PH berbohong ini merupakan satu tuduhan berat, tapi tidak ada seorang pemimpin PH berbunyi,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2019).

Ahli Parlimen Pekan itu mengulangi gesaannya mencabar kerajaan Pakatan Harapan mendedahkan perjanjian IPIC dan 1MDB pada 2015 dan 2017.

Katanya jika kerajaan PH benar telus untuk merungkaikan masalah 1MDB maka perjanjian tersebut perlu didedahkan.

“Dedahkanlah dan tunjukkan BN telah menyelesaikan isu 1MDB dan (itu) bukti BN bukan tidak bertanggungjawab," tegasnya.

Beliau berkata berkata IPIC yang berhutang kepada 1MDB dimana syarikat itu diberi menyelesaikan hutang sehingga 30 Disember 2020.

“Pegawai kanan IPIC di sana mengapa PH tak bertanya kepada mereka di Abu Dhabi kenapa tiada siasatan sedangkan mereka yang didapati banyak guna dana diagihakan untuk tujuan lain.

“Kerana itu bukan senang nak buat tuduhan pada negara lain.”