awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Organisasi bantuan beri amaran lebih banyak 'kematian beramai-ramai' di Sudan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenapa takut sehingga mahu saya berundur dari PAC? - Tony Pua

Haider Yutim
Haider Yutim
30/06/2015
09:30 MYT
Kenapa takut sehingga mahu saya berundur dari PAC? - Tony Pua
Pua menekankan bahawa tidak wujud sama sekali percanggahan kepentingan untuk beliau berada dalam PAC berhubung isu 1MDB.
Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini mempersoalkan kenapa ada pihak yang takut dengan beliau sehingga memintanya berundur dari Jawatankuasa Kira-Kira wang Negara (PAC).
Beliau yang juga salah seorang anggota PAC dari pembangkang, turut berasa terkejut kerajaan dilihat tidak yakin dengan lapan wakil Barisan Nasional (BN) dalam jawatankuasa itu dalam mengendalikan prosiding siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Adakah (Menteri Komunikasi dan Multimedia) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek terlalu takut bahawa lapan wakil BN dalam PAC tidak dapat mengawal seorang ahli pembangkang dalam jawatankuasa itu?" soalnya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA: 'Shafee perlu minta Najib cuti, bukan saya yang berundur dari PAC' - Tony Pua
Pua berkata beliau yakin rakyat Malaysia akan rasa benci, dan kredibiliti PAC akan terjejas teruk sekiranya beliau disingkir secara paksa dari PAC oleh BN.
Namun, katanya 1MDB tidak pula takut kerana presidennya Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi komited akan hadir ke prosiding tersebut.
"Jika Arul Kanda dan Shahrol tidak takut untuk hadir ke PAC dengan saya sebagai ahli, kenapa menteri-menteri tiba-tiba sangat takut kepada saya?" katanya.
Beliau menekankan bahawa tidak wujud sama sekali percanggahan kepentingan untuk beliau berada dalam PAC berhubung isu 1MDB.
"Sebaliknya, jika pemimpin BN begitu mengambil berat tentang memalukan proses siasatan, mereka harus meminta Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti kerana beliau secara langsung terlibat dalam skandal RM42 bilion," kata Pua dalam satu kenyataan.
Khamis lalu, peguam UMNO Tan Sri Shafee Abdullah dalam laporan Berita Harian telah meminta Pua meletakkan jawatan sebagai ahli PAC supaya penyiasatan terhadap 1MDB dilakukan secara adil.
Gesaan itu turut disokong Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.
Bagaimanapun, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamad telah meminta Shafee agar tidak masuk campur dengan urusan jawatankuasa itu, selain mengatakan Shafee tiada hak untuk meminta Pua berbuat demikian.
Terbaru, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula telah membuat gesaan supaya menarik diri daripada menganggotai jawatankuasa itu kerana sikap berat sebelahnya terhadap siasatan isu berkenaan.
Topic Berkaitan
#1MDB
#BN
#PAC
#Shabery Cheek
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan