awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kenapa TH sanggup bayar harga begitu tinggi untuk tanah 1MDB?' - Mukhriz

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2015
05:40 MYT
'Kenapa TH sanggup bayar harga begitu tinggi untuk tanah 1MDB?' - Mukhriz
Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir mempertikaikan urusniaga Tabung Haji-1MDB. -Gambar fail
Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir mempertikaikan tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) yang membeli hartanah milik 1MDB dengan nilai RM188.5 juta.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter beliau, Mukhriz membuat perbandingan nilai transaksi antara Tabung Haji dan 1MDB dan juga Kementeri Kewangan dan 1MDB.
“Kalau Tabung Haji sanggup bayar harga begitu tinggi untuk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kementerian Kewangan jualnya pada harga begitu murah kepada 1MDB dulu?” tanya Mukhriz.
Kalau TH sanggup bayar harga begitu tinggi utk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kem Kewangan jualnya pd harga begitu murah kpd 1MDB dulu?
— Mukhriz Mahathir (@MukhrizMahathir) May 9, 2015
Pada Khamis, Lembaga TH mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).
BACA: Tabung Haji: Siasat maklumat urusniaga bukan menghukum pemberi maklumat - NOW
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.
Menurut beliau, langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
"Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.
"Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional," katanya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Mukhriz Mahathir
#Tabung Haji
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan