awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan bertembung, lima termasuk dua kanak-kanak cedera

Aida Aziz
Aida Aziz
01/01/2020
12:19 MYT
Kenderaan bertembung, lima termasuk dua kanak-kanak cedera
Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lahat Lama, Ipoh. - JBPM
Pertembungan antara sebuah Toyota Hilux dan Perodua Axia di Jalan Lahat Lama dekat sini petang Rabu mengakibatkan lima cedera termasuk dua orang kanak-kanak.
Kemalangan itu mengakibatkan pemandu Toyota Hilux, pemandu Toyota Axia dan tiga penumpang dipercayai ahli keluarganya cedera, sebelum berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang menyedari kejadian itu.
Menurut, Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Rahman Som, kemalangan dilaporkan berlaku sekitar pukul 3.22 petang pada Rabu, dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih bergegas ke lokasi.
"Melihat kepada kerosakan teruk di bahagian hadapan kedua-dua kereta, dipercayai ia bertembung dan menyebabkan kecederaan kepada kelima-lima mangsa.
"Antara yang terbabit pemandu lelaki dari Toyota Hilux, pemandu lelaki dari Perodua Axia bersama dengan ahli keluarganya, iaitu isteri, seorang kanak-kanak lelaki sekitar lima tahun dan kanak-kanak perempuan sekita tiga tahun," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Katanya lagi, anggota telah membuat rawatan awal kepada mangsa dan menghantar mereka ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan selanjutnya.
Operasi tamat pada pukul 3.50 petang.
Topic Berkaitan
#bomba
#Ipoh
#JBPM
#kemalangan
#mangsa cedera
#orang awam
#rawatan kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan