awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insiden letupan: Help University, pihak berkuasa kerjasama kenal pasti punca
JKDM Sarikei rampas rokok, minuman keras tidak berkastam bernilai RM7.28 juta
Speedy Tigers jalani persiapan akhir di Australia, 22 pemain rebut tempat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan mirip trak pelancar tentera dirampas polis

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
20/07/2016
04:30 MYT
Kenderaan mirip trak pelancar tentera dirampas polis
Polis bertindak merampas kenderaan mirip trak pelancar tentera tersebut yang kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang - Foto PDRM
Sebuah kenderaan mirip trak pelancar tentera yang digunakan sebagai promosi untuk menjual minuman kopi dirampas polis di Jalan Semarak Api, di Cyberjaya, semalam.
Penahanan berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi, ketika polis dari Balai Cyberjaya melakukan rondaan setelah menerima maklumat daripada orang awam mengatakan ada kenderaan trak pelancar roket dipandu sekitar kawasan tersebut.
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, anggota polis bersama pengadu yang turut sama membuat rondaan menemui kenderaan itu dengan dua pelancar roket di atasnya.
“Pengadu dan anggota menghampiri kenderaan berkenaan serta mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan dan susulan itu, dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 24 tahun ditahan serta dibawa ke Balai Cyberjaya untuk tindakan lanjut.
“Berikutan itu, polis merampas kenderaan berkenaan dan kedua-dua lelaki terbabit diikat jamin semalam,” katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan.
Topic Berkaitan
#promosi untuk menjual minuman kopi
#Sebuah kenderaan mirip trak pelancar tentera dirampas polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan