awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan perdagangan berat wajib pasang pemantul cahaya - Puspakom

Anthea Yap
Anthea Yap
29/12/2016
10:22 MYT
Kenderaan perdagangan berat wajib pasang pemantul cahaya - Puspakom
Semua kenderaan perdagangan BDM melebihi 3,500 kilogram (kg) diwajibkan memasang pemantul cahaya yang berkuatkuasa Ahad ini. - fotoBERNAMA
Semua kenderaan perdagangan berat dengan muatan (BDM) melebihi 3,500 kilogram (kg) diwajibkan memasang pemantul cahaya yang berkuatkuasa Ahad ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Mohammed Shukor Ismail berkata, pihaknya juga sudah mengeluarkan piawaian untuk pemasangan pemantul cahaya mengikut spefikisasi jenis kenderaan.
"Kenderaan perdagangan iaitu lori diwajibkan memasang pemantul cahaya pada penanda kiri, kanan dan belakang.
"Van dan bas yang mempunyai kapasiti muatan boleh tampung lebih rendah hanya perlu memasang pemantul cahaya pada belakang kenderaan.
"Saiz pemantul cahaya yang ditetapkan Puspakom adalah antara 15X60 sentimeter (sm) hingga 25X75sm dan bergantung kepada jenis kenderaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya lagi, pemasangan pemantul cahaya perlu mengikut beberapa garis panduan, merangkumi spesifikasi saiz ditetapkan dan kedudukan pada badan kenderaan.
"Selain saiz, pemantul cahaya yang digunakan perlu mempunyai tanda logo SIRIM MS 828:2011 yang sah.
"Keduaa-dua pengeluar pemantul cahaya berkenaan akan membuka kaunter penjualan di 21 cawangan Puspakom mulai Ahad ini untuk kemudahan pelanggan.
"Pemilik kenderaan turut dinasihatkan berwaspada terhadap pemantul cahaya yang tidak diiktiraf dan gagal mematuhi piawaian, termasuk pelekat tiruan menggunakan logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)", katanya.
Jelasnya lagi, mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat spesifikasi pemasangan terbabit boleh melayari laman www.puspakom.com.my.
Topic Berkaitan
#BDM
#JPJ
#Puspakom
#Sirim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan