awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kento Momota patah tulang hidung, cedera tetapi stabil

Afiezy Azaman, Hilmi Malik
Afiezy Azaman, Hilmi Malik
13/01/2020
03:36 MYT
Kento Momota patah tulang hidung, cedera tetapi stabil
Mohamad Norza (kiri) ditemui media di perkarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya ketika hadir bagi melawat pemain badminton Kento Momota hari ini. Astro AWANI/HILMI MALIK
Pemain badminton Jepun, Kento Momota, mengalami kecederaan patah tulang hidung dan bahagian muka akibat terlibat dalam kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX), di sini, awal pagi ini.
Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu kini berada dalam keadaan stabil, menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan.
Katanya, ketika kejadian kira-kira jam 4.57 pagi itu, Momota menaiki van bersama Pegawai Teknikal BWF Wiliam Thomas, Pembantu Jurulatih Jepun Akifumi Marimoto dan Pegawai Fisioterapi Jepun Yu Hirayama.
“Thomas mengalami kecederaan di bahagian kepala (tujuh jahitan) dan luka di bahagian kaki kanan dan paha.
"Marimoto mengalami patah tangan manakala Hirayama luka di bahagian muka dan sebelah kaki kanan.
“Pemandu van, seorang lelaki rakyat tempatan dikenali sebagai B Nageswarau tersepit di tempat duduk dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ismadi berkata kesemua mereka dibawa ke Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil ketika ini.
Pada Ahad, Momota merangkul gelaran juara Malaysia Masters 2020 selepas menundukkan pemain Denmark, Viktor Axelsen 24-22, 21-11 dalam aksi final di Arena Axiata Bukit Jalil.
Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang turut menziarahi pemain badminton itu berkata, Momota dan tiga pegawai sukan itu akan diberi rawatan sebelum pulang ke negara asal.
"Buat masa ini, mereka dimasukkan ke dalam wad untuk terima rawatan sehingga keadaan mengizinkan untuk mereka pulang ke Jepun," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, BAM turut mengesahkan kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu merupakan van dari syarikat yang dilantik untuk kejohanan Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena.
Topic Berkaitan
#badminton
#cedera
#Ismadi Borhan
#Jepun
#kemalangan
#Kento Momota
#Lebuhraya Maju Expressway
#Lebuhraya MEX
#meninggal dunia
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan