MALAYSIA
Kenyataan editor WSJ bersifat tuduhan melulu - Salleh Said Keruak

SALLEH: Kita sebagai rakyat Malaysia harus menerima keputusan yang telah dibuat dan saya tidak faham faham mengapa lagi mereka membuat tuduhan sedemikian. - Gambar Fail
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Keruak menyifatkan kenyataan editor Wall Street Journal (WSJ) mengatakan wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah sebagai tuduhan melulu.
Beliau berkata, keputusan siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan wang tersebut adalah milik kerabat Arab Saudi yang diberi kepada Najib.
Tambahnya, perkara ini sengaja dibangkitkan seolah-olah mereka mempunyai agenda yang tertentu.
"Kita sebagai rakyat Malaysia harus menerima keputusan yang telah dibuat dan saya tidak faham faham mengapa lagi mereka membuat tuduhan sedemikian," katanya ketika ditemui selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama maklumat dan komunikasi antara Malaysia dan Singapura di sini, hari ini.
"Sudah tentu mereka mempunyai matlamat yg tertentu dan kita tidak boleh memikirkan mengenai perkara tersebut 24 jam dan kita seharusnya fokus dan maju ke hadapan," jelasnya.
Pada Khamis, editor WSJ, Ken Brown dalam satu temubual di ABC Amerika Syarikat mengatakan, wang RM2.6 bilion daripada syarikat-syarikat berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun Najib.
Pada masa sama, syarikat tersebut pada Jumaat mengulangi tidak membayar apa-apa dana ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami