awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Facebook berbaur hasutan, wanita ditahan polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
12/04/2020
02:49 MYT
Kenyataan Facebook berbaur hasutan, wanita ditahan polis
Huzir memberitahu, suspek yang menggunakan nama 'Wendy Shoo Wai Ching' di laman Facebook itu ditahan pada Sabtu.
Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 48 tahun yang dipercayai memuat naik dua kenyataan berunsur hasutan dan mengaibkan kerajaan di laman media sosial.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, suspek yang menggunakan nama 'Wendy Shoo Wai Ching' di laman Facebook itu ditahan pada Sabtu.
"Pada 9 April, satu kertas siasatan dibuka terhadap pemilik akaun tersebut yang memuat naik dua kenyataan yang mengaibkan kerajaan dan berunsur hasutan yang boleh memecah-belahkan keamanan.
"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 4(1) (a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.
"Siasatan juga dibuat berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Datuk Huzir berkata sehubungan itu tangkapan telah dibuat ke atas suspek dan gajet yang digunakan turut dirampas.
"Siasatan masih diteruskan dan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut," jelasnya.
Topic Berkaitan
#berunsur hasutan
#Bukit Aman
#Datuk Huzir Mohamed
#Kenyataan
#kerajaan
#media sosial
#mengaibkan
#Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
#polis
#suspek
#tangkapan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan