Azrin Zizal, bekas pegawai media kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, telah membidas kenyataan Mukhriz semalam mengenai nasihat Cambridge Analytica bagi kempen Barisan Nasional Kedah untuk pilihan raya umum 2013 sambil berkata ia adalah pembohongan secara terang-terang.
Menurut Azrin, kenyataan Mukhriz yang mendakwa bahawa beliau adalah pegawai medianya sehingga 2013 dan bahawa beliau tidak lagi bersamanya apabila beliau menjadi Menteri Besar Kedah adalah palsu sama sekali.
"Saya bertugas untuk Mukhriz secara peribadi dan memberi nasihat komunikasi dan strategi kepadanya sehingga 2015, termasuk semasa pilihan raya umum 2013, dan selepas itu apabila beliau menjadi Menteri Besar. Saya akan mengemukakan bukti jika beliau terus memalsukan kebenaran.
"Mungkin ketika Mukhriz terus menafikan tugas saya untuknya dan menafikan manfaat yang diperolehnya daripada nasihat yang saya berikan daripada Cambridge Analytica dan SCL Group bagi Kedah semasa pilihan raya umum 2013, adakah beliau juga akan menafikan kemenangan dengan menawan Kedah dan menjadi Menteri Besar?" kata beliau dalam satu kenyataan malam ini.
Semalam, Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menafikan mempunyai sebarang hubungan antara beliau dan Cambridge Analytica serta mendakwa Azrin tidak lagi pegawai medianya apabila beliau menjadi Menteri Besar Kedah.
"Sudah tiba masanya untuk Mukhriz berhenti memutarbelitkan fakta dengan sengaja untuk menyelamatkan dirinya dan tampil bersih," kata Azrin yang sekarang menerajui bahagian Asia Tenggara SCL Group, syarikat induk Cambridge Analytica.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 21 2018
Azrin ketika ini menerajui bahagian Asia Tenggara SCL Group, syarikat induk Cambridge Analytica. - Foto Sinar Harian
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Isu Cambridge Analytica: "Azrin Zizal yang menipu" - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz Mahathir nafi Azrin Zizal masih bekerja sebagai pegawai medianya selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 2013.
Kenyataan Mukhriz mengenai Analytica bohong sama sekali - Azrin Zizal
Katanya, kenyataan Mukhriz yang mendakwa beliau adalah pegawai medianya sehingga 2013 dan beliau tidak lagi bersamanya apabila beliau menjadi Menteri Besar Kedah adalah palsu sama sekali.